seismik

[VIDEO] Pantas Tutup 'Aurat' Lengan Isteri Dengan Telekung, Tindakan Suami Ini Sweet Habis

Alahai comel je.

Cover image via @real.eycah (TikTok)

Memasuki alam perkahwinan adalah satu fasa yang sangat berbeza dari sewaktu zaman bercinta dulu

Banyak tanggungjawab perlu dipikul sebagai seorang suami mahupun isteri. Namun itu bukanlah penghalang untuk kekal menjadi romantik seperti zaman bercinta dulu.

Seperti kisah pasangan ini yang sebelumnya video mereka pernah tular di TikTok kerana si isteri diuji dengan keguguran janin. Meskipun impian menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian, namun dia dan suami redha atas ujian yang berlaku.

Lihat video penuh itu di bawah:

Suami spontan gigih cover lengan isteri dengan kain telekung

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan berkenaan baru saja selesai menunaikan solat berjemaah bersama.

Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah selepas selesai saja solat, si isteri ingin merakam momen manisnya bersama suami dan dengan pantas lelaki tersebut menutup lengan isterinya yang ketika itu seperti mahu terjatuh sehingga menampakkan aurat.

Lihat video penuh itu di bawah:

"When the girl found the right man" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet memuji tindakan lelaki itu yang pantas menjaga aurat isterinya.

Malah, ada yang menganggap pasangan itu sangat sweet dan nampak bahagia disisi masing-masing walaupun pernah berdepan dengan dugaan yang berat sebelum ini.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 653.9K likes, 11.8K comments dan 9760 shares di TikTok. 

Berikut di bawah adalah komen-komen menarik daripada netizen di TikTok:

Best kan kalau dapat pasangan yang jaga kita macam ni? :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: