seismik

[VIDEO] Pelanggan Makan Banyak Kali Tetapi Enggan Bayar, Sekali Peniaga Berjaya Tangkap

Tak jujur langsung.

Cover image via @abezaini1 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui perbuatan mencuri merupakan satu dosa dan ia juga salah di sisi undang-undang

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita tertangkap dipercayai kerana mengambil makanan bernilai hampir RM70 tanpa membuat pembayaran.

Taktiknya diketahui selepas pemilik restoran di Permatang Pauh, Pulau Pinang itu mengecam identitinya yang sudah beberapa kali melakukan perkara sama.

“Kami dah kesan kelakuan dia buat banyak kali, melebihi tiga kali.. selebihnya wallahualam. Pertama kali dia datang, diambil makanan dan keluar. Kali kedua masih macam tu.

“Kali ketiga kami kesan dan kami plan buat video sebagai bukti dan akhirnya kantoi, ambil makanan tak bayar. Daripada mula dia ambil nasi kerabu, staf saya bungkus enam bungkus, dia ambil makanan vendor dan dia pesan air Nescafe ais.

“Selepas ambil semua dia datang cashier untuk tahu harga, sebaliknya dia terus keluar kedai. Jadi kami rasa dia niat tak mahu bayar, kami sekat dan tangkap dia,” dakwa Abe Zaini.

Larikan diri selepas pemilik benarkan ambil duit dalam kereta

Walau bagaimanapun sewaktu bersemuka dengan pelanggan itu, wanita berkenaan cuba untuk mengelak dengan memberi alasan nak ambil duit yang tertinggal dalam kenderaannya.

Namun, selepas mengasak dengan pelbagai soalan, dia akhirnya mengizinkan wanita itu pergi mengambil wang sebelum pelanggan terbabit sekali lagi bertindak melarikan diri.

“Kalau betul dia nak bayar, mesti dia datang cashier, tanya harga. Kalau tak cukup duit baru pergi ambil duit di kereta. Tapi dia memang sengaja tak mahu bayar, dia nak pergi ke kereta kami sekat.

“Apabila kami sekat, dia jawab jawapan yang tak munasabah. Dia kata tak pernah datang, tak biasa datang. Kami tarik ke belakang tanya staf yang bubuh nasi, staf kata dah banyak kali dia datang.

“Saya cakap akak kena bayar makanan ni. Dia kata duit dalam kereta. Saya pun biarkan dia pergi ambil duit dalam kereta, dan dia tak kembali.

"Nak makan sedap tapi taknak bayar, Kali ini nilai makanan yang dia order hampir RM70,"
kata pemilik restoran di video itu.

Berani betul ya tak bayar makanan, dah lah makanan itu akan jadi darah daging kita :/

Lihat video penuh itu di bawah:

@abezaini1 Last tinggal makanan atas meja kata nk p ambil duit dalam kereta hilang macam tu.. #fyp #CapCut original sound - Restoran kak sal Kelate

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: