seismik

Rakyat Malaysia Pulangkan Semula Dompet Berisi Penuh Wang SGD Kepada Pemiliknya Dipuji

Baiknya hati.

Cover image via Zimmy Bin Peter Bagang (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah pasti dalam kalangan anda ada yang pernah terjumpa dompet atau wang tercicir di tengah jalan

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook yang memaparkan seorang rakyat Malaysia, Zimmy Peter Bagang yang bekerja di Singapura yang berusaha mencari pemilik sebenar dompet yang dijumpai sewaktu pulang dari kerja dari negara jiran itu ke Johor Bahru (JB).

Menurutnya, dia terjumpa satu objek berkilat di atas bangku berdekatan sebatang pokok yang merupakan dompet semasa ingin ke parkir motosikal.

“Saya tergerak hati untuk melihat objek tersebut. Rupa-rupanya ada dompet berzip dan saya terus membukanya dan mendapati sejumlah wang yang banyak."

“Tanpa berfikir panjang saya simpan dompet tersebut dalam beg galas kerana saya bergegas balik ke JB. Setiba di rumah kira-kira pukul 10.30 malam saya buka dompet itu semula untuk mencari pemiliknya dan mendapati ada kad permit kerja,” jelasnya.

Apa yang mengejutkan adalah wang yang dijumpai oleh Zimmy bernilai S$482.50 iaitu sekitar RM1,700.00.

Kongsi di Facebook untuk cari pemilik dompet

“Saya percaya ini antara cara paling cepat untuk mencari pemilik dompet tersebut memandangkan saya hanya masuk kerja ke Singapura pada waktu tengah hari.

“Posting disiarkan pada kira-kira pukul 8 pagi Khamis dan saya tidak menyangka ramai yang kongsi. Pukul 8.38 pagi saya dihubungi oleh seorang rakan kepada pemilik dompet tersebut.

“Saya terus memberikan nombor WhatsApp untuk berhubung dengan pemiliknya iaitu Encik Wang dan berjaya dipulangkan oleh saya sendiri kepada Encik Wang pada pukul 4.15 petang hari sama,” jelasnya.

Hanya ambil duit teh tarik selepas didesak pemilik dompet

Dia luah rasa bersyukur serta lega kerana akhirnya dapat memulangkan wang tersebut kepada pemiliknya.

“Dia menawarkan saya sejumlah wang sebagai tanda penghargaan. Saya menolaknya secara baik dan memberitahunya bahawa wang itu banyak.

“Nampaknya dia tidak berganjak sehingga saya menerima wang itu. Dia sekali lagi mendesak untuk saya mengambilnya.

“Untuk tidak mengecewakan dia, saya hanya boleh menerima dua keping syiling bernilai S$2 (RM7.11). Tidak lebih daripada itu, cukup untuk saya membeli teh tarik," jelasnya lagi.

Lihat posting itu di bawah:

Tak semua orang mampu buat macam dia buat :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: