[VIDEO] Ini Penjelasan UAI Jika Barangan Infak Ke Masjid Tidak Lagi Digunakan
Menurut UAI, terdapat tiga pahala yang akan diterima bagi individu yang menginfak sesuatu barangan ke rumah Allah SWT.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berkongsi rezeki yang dimiliki dengan cara bersedekah, menginfak dan membayar zakat sememangnya digalakkan dalam Islam
Bagaimanapun, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI memberi penjelasan bahawa pahala yang diterima akan berhenti apabila barangan yang diinfakkan tidak lagi digunakan.
UAI mengemukakan penjelasan ini semasa sesi tanya jawab agama, merespons kepada soalan tentang sama ada pahala akan terputus atau tidak jika barangan yang dipersembahkan ke masjid, seperti karpet, tidak lagi digunakan.
Ada tiga pahala yang akan diperoleh individu yang infak barangan untuk masjid
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @sewakedaimydin, menurut UAI, terdapat tiga ganjaran yang akan diperolehi bagi individu yang mendermakan sesuatu barangan ke rumah Allah SWT.
“Pahala pertama sebelum beli, dia berniat hendak beli karpet untuk masjid. Siapa berniat untuk buat kebaikan dapat satu pahala.
“Kemudian dia beli, bila beli dapat pahala kedua iaitu sepuluh kali ganda pula. Hari itu niat dapat satu pahala, hari ini beli dapat sepuluh kali ganda pahala,” katanya.
Menurutnya, pahala ketiga yang akan diperoleh individu terbabit adalah apabila karpet tersebut dipasang di masjid dan digunakan oleh para jemaah.
Walau bagaimanapun, UAI menjelaskan bahawa pahala pertama yang diperoleh oleh individu ketika berniat untuk menginfakkan karpet sudah cukup untuk menjadikannya 'kaya' di akhirat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!