seismik

Peniaga Tipu Jual Donut Palsu Dikecam, Guna Roti Burger Yang Hanya Ditebuk Tengah

Tak baik tau.

Cover image via Menarik Kelate Kito (Facebook) & Fatimah Mulyati (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka di sebalik pilihan perisa berwarna warni dan nampak sedap rupa-rupanya bukan apa yang dijangka. Itulah yang terjadi dalam kes ‘donut palsu’ di Pasar Malam Bachok, Kelantan

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Facebook, Menarik Klate Kito yang memaparkan gambar sebiji ‘donut‘ di yang dikongsi oleh seorang pengguna bernama Ira Suya.

Dia telah membeli donut itu daripada seorang peniaga wanita muda dan terkejut apabila mendapati donut tersebut bukan donut yang sebenar.

“Roti burger, kamu potong/cucuk tengah dan jadikan donut. Saya kalau Bab makanan mahal ke, tak sedap ke diamkan diri sahaja. Tapi ini dah kira menipu,” tulisnya.

Ramai pelanggan yang telah tertipu dengan helah peniaga tersebut

Ira Suya bukan satu-satunya ‘mangsa’ penjual donut palsu situ. Berkongsi di Facebook, Fatimah Mulyati juga terbeli donut tersebut kerana menurutnya, ia nampak cantik dan menyelerakan.

“Pergi fun fair di Pantai Irama Bachok malam tadi. Tengok donut bukan main lagi warna warni menarik. Belilah sebiji perisa strawberry, sekali anak gigit ROTI BURGER! RM3 hinggit sebiji.

“Patah balik ke gerai dia nak confirmation kot la dia cakap “Eh kito jual roti celup coklat bukan donut”. Ha,oklah lagi walaupun memang rupa sebiji macam donut tebuk tengah kan. Rupanya tidak, peniaga cakap itu memang donut,” kata Fatimah.

Pelanggan kecewa dengan sikap peniaga tersebut yang tidak jujur

Fatimah berkata dia sangat kecewa terhadap peniaga tersebut yang tidak jujur dan menasihati peniaga lain agar tidak buat aniaya kepada orang ketika urusan jual beli.

Semoga menjadi pengajaran buat para peniaga supaya sentiasa jujur dalam berniaga. Sekiranya meniaga roti celup coklat, labelkan ia dengan betul supaya ia tidak mengelirukan pembeli.

Lihat posting itu di bawah:

Macam mana nak maju kalau berniaga pun tipu. Tak berkat tau rezeki tu nanti!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: