[VIDEO] Pengantin Perempuan Ini 'Belanja' Taranum Di Hari Perkahwinan Buat Netizen Kagum
Dia pernah dapat nombor 3 di peringkat negeri.
Setiap individu mempunyai bakat tersendiri dalam hidup mereka. Tidak kira daripada segi nyanyian, lakonan, melukis dan sebagainya.
Bakat yang ada pula perlu digunakan sebaik mungkin untuk mengambil peluang untuk menyerlahkannya di khalayak ramai.
Sama seperti kisah pengantin perempuan yang viral di Instagram baru-baru ini apabila dia bertaranum di depan tetamu yang hadir pada majlis persandingannya.
Dijemput oleh bapa saudara untuk mengalun sedikit bacaan
Menurut wanita yang bernama Ain Najihah itu, dia secara spontan mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran selepas diminta oleh bapa saudara suaminya yang juga merupakan pengacara pada majlis berkenaan.
Tambahnya, bapa saudara suaminya itu sudah tahu bakat bertaranum yang dimiliki oleh Ain Najihah dan sebab itu dia menjemput untuk mengalun sedikit bacaan.
Pernah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan taranum
Siapa sangka di sebalik bakat yang dimiliki wanita ini rupanya dia pernah menyandang tempat ketiga dalam pertandingan taranum peringkat negeri pada tahun 2018.
Dia menceritakan minatnya mendalami ilmu taranum sejak berusia 13 tahun lagi.
Selepas itu, minatnya terus bertambah semasa dia mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) beberapa tahun lalu.
Lihat video penuh ini di bawah:
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memuji alunannya yang merdu itu dan kagum dengan bakat yang dimiliki