[VIDEO] Rider Ducati Dipuji Tetap Tenang Kawal Motosikalnya Walaupun Tercabut Tayar
Allahu, nasib baik semuanya selamat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang penunggang motosikal jenis Ducati dipuji netizen apabila beliau kekal tenang selepas tayar motosikal tercabut ketika berada di atas lebuh raya
Baru-baru ini, tular sebuah video di platform X memaparkan pasangan suami isteri itu sedang bergerak di lorong kanan. Tiba-tiba motosikal seperti hilang kawalan, lalu si suami segera menukar laluan untuk berhenti di lorong kecemasan.
Semasa menukar lorong, si isteri menepuk bahu suaminya untuk menunjuk tayar belakang motosikal mereka naiki sudah tercabut bergolek di atas jalan.
Ramai warganet memuji si suami cekap mengendalikan situasi cemas itu
Orang ramai menyatakan sekiranya rider Ducati itu panik sehingga gagal kawal situasi, kemalangan yang lebih teruk boleh terjadi kedua-dua pasangan suami isteri itu.
Walau bagaimanapun, pasangan suami isteri terjatuh di lorong kecemasan dan mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, rider Ducati itu ada menghantar motosikalnya ke sebuah kedai untuk menukar tayar. Pekerja kedai tersebut dipercayai tidak mengetatkan skru nat tayar sehingga menyebabkan kemalangan itu terjadi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!