seismik

[VIDEO] Selamba Curi iPhone 13 Pro Max, Perbuatan Wanita Bertudung Hijau Ini Dirakam CCTV

Pihak polis dan pemilik telefon telah berjaya menangkap si pencuri berkenaan.

Cover image via @tatarowk (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Video seorang wanita dengan selamba mencuri sebuah telefon di kaunter bayaran mengundang kecaman daripada netizen

Menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 45 saat itu dimuat naik di Twitter memaparkan seorang wanita bertudung hijau dilihat mencuri sebuah telefon jenama iPhone 13 Pro Max di kaunter bayaran sebuah kedai bakeri.

Lihat video tersebut di bawah:

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Haruka Bakery Melawati Mall pada 22 Februari 2022. Pemilik asal telefon telah membuat laporan polis dan meminta wanita bertudung hijau dalam rakaman CCTV itu memberi kerjasama untuk memulangkan telefonnya.

Berikut kronologi kejadian yang diceritakan semula oleh pemilik kedai tersebut:

Menerusi perkongsian Facebook Fazrin Ghazali, staf bertugas memang tak perasan ada telefon di kaunter itu. Mereka periksa CCTV apabila pemilik asal datang bertanya.

"Bila tengok ada kecurian jadi kami bantu owner hp cek ke management building untuk access CCTV mall. Dan owner buat laporan polis. Polis dah datang kedai buat siasatan", tulisnya.

Lebih menyedihkan apabila pemilik telefon sedang mengandung dan bakal tunai umrah hujung minggu ini. Segala dokumen penting ada di dalam telefon itu.

Situasi yang belaku beserta rakaman yang dikongsikan berjaya mendapat perhatian para netizen yang tampil dengan pelbagai respon serta mengecam tindakan tidak bertanggung jawab wanita bertudung hijau berkenaan.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang menyarankan pemilik iPhone berkenaan untuk menggunakan fungsi Find My dalam menjejak lokasi iPhone beliau serta berkongsi di Facebook Groups.

Berdasarkan respon daripada pemilik, beliau telah menggunakan fungsi Find My namun masih lagi gagal menjejak berikutan lokasi iPhone yang bergerak-gerak dan tidak terlalu spesifik.

Hasil bantuan 'kuasa' media sosial, rakan, keluarga dan pihak polis, difahamkan pencuri itu telah berjaya ditangkap

Menerusi Instagram Stories pemilik telefon iaitu @nalissaazmee, beliau memaklumkan telah menerima iPhone beliau hasil bantuan media sosial, rakan, keluarga serta pihak polis. Difahamkan pencuri itu telah berjaya ditangkap pada jam 3.30 pagi di mana wanita berkenaan mengaku mencuri dengan niat untuk menjual.  

Mengulas mengenai iPhone yang diterima semula, Nalissa memaklumkan iPhone beliau telah reset sekaligus membuatkan segala data dan dokumen terbaru termasuk dokumen umrah beliau hilang. Kali terakhir beliau membuat backup adalah pada Disember 2021.

Beliau turut memanjat kesyukuran kepada tuhan serta berterima kasih kepada pihak PDRM yang bertungkus-lumus membantu beliau meskipun wabak Covid-19 mencatatkan kes yang tinggi mendapatkan semula iPhone yang sangat diperlukan beliau.

Semoga kisah ini menjadi teladan dan pedoman kepada kita semua :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: