seismik

[VIDEO] Sepak & Tarik Rambut Budak, Ramai Puas Hati Tengok Parents 'Bantai' Pengasuh Ini

Rasa puas hati tapi kesian pula bergaduh depan budak kecil.

Cover image via @MALAYSIAVIRALLL (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, kebiasaannya mereka akan menghantar anak ke taska

Di taska, anak-anak akan terurus dari segi makan, mandi dan pelajaran. Bagi yang bekerja sebagai pengasuh, mereka perlu mempunyai sifat penyayang dan kesabaran yang tinggi.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang pengasuh diterajang dan kena marah dengan ibu bapa salah seorang budak telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh di bawah:

Anak kena dera, disepak dan ditarik rambut masa makan

Menerusi video berkenaan, kelihatan ibu bapa kepada salah seorang budak di taska itu bertindak kasar kepada seorang pengasuh. Mereka dilihat memukul dan tidak puas hati kepada pengasuh itu.

Rupa-rupanya, pengasuh itu telah mendera anaknya. Dalam sebuah video dilihat pengasuh itu menyepak dan menarik rambut salah seorang budak. 

Lihat video penuh itu di bawah:

"Cuma saya tak setuju perlakuan ini depan kanak-kanak. Budak-budak jangan bagi tengok" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga. 1.2M views, 4K reposts dan 7K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara menarik daripada netizen di Twitter:

Memang puas hati tapi kesian anaknya tengok semua pergaduhan mak bapak dia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: