[VIDEO] Suruh Pesakit Pindah Katil, Nurse Ini Terkejut 'Baiya' Gigih Angkut Tilam Sekali
"Mesti dia first time masuk hospital" - Netizen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dapat dinafikan, bekerja sebagai petugas kesihatan sememangnya bukan mudah
Tambahan pula dengan keadaan negara sekarang yang dilanda wabak Covid-19 sejak tahun lalu, ramai petugas kesihatan terpaksa bekerja lebih masa dan berjauhan dengan keluarga demi menjaga pesakit di hospital.
Namun, di sebalik penat lelah bekerja seharian bekerja, ada juga kenangan lucu yang berlaku di sekeliling untuk mengubat rasa stres.
Begitulah yang terjadi kepada sekumpulan petugas kesihatan ini apabila gelagat seorang pesakit warga asing di hospital mereka mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suruh pesakit pindah katil, sekali terkejut tengok 'baiya' siap bawa tilam sekali
Menerusi perkongsian video daripada @azrulhakim786, kelihatan pesakit warga asing itu disuruh untuk pindah katil di wad lain.
Namun, 'baiya' itu dilihat dengan selamba mengangkut sekali tilamnya daripada katil lama menuju ke wad baru dengan berkaki ayam. Malah, dia siap menyanyi semasa melintas di depan kaunter petugas kesihatan.
Perkara tersebut sekali gus mengejutkan sekumpulan nurse yang berada di situ dan membuatkan salah seorang daripada mereka terpaksa mengiringinya semula untuk meletakkan tilam itu ke tempat asal.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 623.3K views, 32.2K likes dan 4.4K likes di TikTok
Manakala, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pesakit warga asing itu.
Ada juga yang meluahkan rasa simpati kepadanya kerana mungkin selama ini dia buat semua kerja sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: