seismik

[VIDEO] Tak Puas Hati Anak Didenda, Ibu 'Balas Dendam', Arah Ustazah Merangkak Dalam Kelas

Biadapnya!

Cover image via Asmahadi As Ad-Dimasyiqi / Facebook

Guru telah diamanahkan untuk mendidik anak-anak murid di sekolah bagi menjadi insan yang berguna

Justeru sebagai ibu bapa, mereka sepatutnya memberi kepercayaan kepada guru dalam usaha mendidik anak-anak mereka di sekolah setiap hari.

Namun di zaman ini, dapat dilihat sesetengah ibu bapa seakan suka mencampuri urusan guru di sekolah lebih-lebih lagi apabila anak dikenakan denda oleh guru ketika di dalam kelas.

Tindakan ini bukan sahaja mempertikai kredibiliti guru tersebut, malah ia juga sebenarnya seperti memanjakan anak-anak yang seolah-olah tidak boleh disentuh langsung meskipun sudah membuat kesalahan di sekolah.

Namun mungkin tidak pernah terfikir dek akal fikiran kita apabila ada ibu bapa yang sanggup 'menghukum' semula guru selepas anaknya didenda

Cukup kurang ajar ...sbg parent awak telah menghancurkan hati semua guru diseluruh dunia.. Haramkan setitik doa dan...

Posted by Asmahadi As Ad-Dimasyiqi on Monday, February 24, 2020

Menerusi video berdurasi 2:16 saat yang dikongsikan di laman Facebook milik individu bernama Asmahadi As Ad-Dimasyiqi, kelihatan seorang pendidik yang bergelar ustazah 'diserang' seorang wanita yang juga ibu kepada salah seorang murid yang belajar di sekolah agama itu.

Di dalam video itu, ibu berkenaan telah mengarahkan seorang ustazah yang berada di dalam kelas itu untuk merangkak di sekeliling kelas dipercayai selepas tidak berpuas hati dengan denda yang dikenakan ke atas anaknya sebelum ini. 

Bukan itu sahaja, turut kedengaran suara ibu tersebut yang mendakwa kononnya anaknya telah mengalami kecederaan selepas didenda oleh ustazah itu.

Tindakan wanita tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang menontonnya dengan menyifatkan ia sebagai kurang ajar

Kenapa sampai buat macam ni? Di manakah rasa hormat terhadap guru yang dah bertungkus-lumus mendidik anak kita di sekolah?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Budak-budak sekarang memang manja sangat ke?

Sudah-sudahlah nak salahkan guru:

You may be interested in: