seismik

[VIDEO] Tampil Beraksi Buat Persembahan Silat, Aksi Lincah Adik Ini Curi Tumpuan Ramai

Power dik!

Cover image via @aidilzakariaaa.co (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Silat adalah suatu seni bela diri yang menjadi pilihan ramai orang untuk belajar mempertahankan diri

Iyalah, dengan kes-kes jenayah yang banyak berlaku dalam negara, memang perlu untuk kita mempelajari ilmu silat ini.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan aksi seorang kanak-kanak perempuan yang lincah membuat persembahan tersebut telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aidilzakariaaa.co Reply to @adhawantdied Semua dibantai bosskur.#fyp Mentera Semerah Padi - M. Nasir

Ramai beri sorakan lihat si cilik beraksi

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya suasana sebuah persembahan seni silat yang tidak diketahui lokasinya.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan di situ adalah aksi seorang kanak-kanak perempuan yang begitu handal beraksi melakukannya.

Dia dilihat langsung tidak kekok dan menunjukkan segala ilmu yang dipelajarinya. Ternyata, persembahannya itu mendapat sorakan ramai.

Lihat video lain di bawah:

@aidilzakariaaa.co kau akan terkenal suatu hari nanti dik.#fyp ชอบเธออะ - PtrpStudio

"Tunggu nanti dah besar aku jamin, jangan main-main dengan gadis ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 123K likes dan 1,760 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Padu betul persembahan dia. Semua orang dia bantai! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: