[VIDEO] Teknik "Bomoh Temberang" Pakai Telur Ajaib Dibongkar
Adakah teknik ini masih relevan?
Bomoh, satu nama yang sangat sinonim dalam kehidupan masyarakat Melayu. Selain menyembuhkan penyakit, khidmat bomoh juga digunakan untuk menghalau makhluk ghaib dan lain-lain lagi.
Dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan, terdapat pelbagai cara dan kaedah yang diaplikasikan oleh bomoh, salah satunya ialah dengan menggunakan telur
Namun begitu, adakah rawatan telur oleh bomoh ini benar-benar berkesan dalam menyembuhkan penyakit? Atau adakah ia sekadar gimik yang direka-reka serta dibuat bagi tujuan mengaburkan mata ramai pihak?
Sebuah video berjudul Penipuan Bomoh & Telur Ajaib telah dimuat naik di Facebook Sukan Star TV semalam, yang mungkin mampu menjawab persoalan-persoalan tersebut
Setelah dimuat naik, video berkenaan menjadi viral dalam sekelip mata. Dalam masa kurang 24 jam, ia telah mendapat hampir 7,500 'likes' dan 4,600++ 'shares'.
Apakah yang terkandung dalam video tersebut sehingga ia mendapat perhatian orang ramai dalam masa yang singkat? Ikuti ringkasannya di bawah:
Mula-mula, seorang pesakit mengadu kepada bomoh bahawa mata kirinya sakit. Kemudian, si bomoh pun mengeluarkan telur dan menggosok pada bahagian mata yang sakit itu secara perlahan-lahan.
Setelah selesai, si pesakit disuruh untuk memecahkan telur tersebut ke dalam cawan. Apa yang mereka temui selepas itu?
Beginilah reaksi kami setelah melihat babak jarum di atas. Bagaimana sebatang jarum boleh berada dalam telur berkenaan?
Nanti dulu. Babak seterusnya lagi membuatkan kami kagum. Rupa-rupanya, terdapat satu muslihat disebalik "rawatan" telur ini yang mungkin ramai tidak tahu.
Sebenarnya, ada cara bagaimana untuk memasukkan jarum ke dalam telur. Lebih mengejutkan, muslihat ini hanya memerlukan beberapa bahan seperti telur, jarum, cuka dan lilin serta sangat mudah untuk dipraktikkan.
Tetapi, benarkah teknik rawatan ini bohong semata-mata? Merujuk kepada beberapa komen dari netizen, tidak semestinya kaedah ini digunakan untuk tujuan penipuan.
Tidak dinafikan, zaman sekarang ini semakin ramai bomoh yang suka menipu pelanggan. Tetapi, teknik ini turut diaplikasikan oleh pengamal-pengamal perubatan Islam tanpa mencampur adukkan unsur syirik di dalamnya. Oleh itu, kaedah ini sebenarnya masih relevan jika dipandang dari sudut itu.