[VIDEO] Terperangkap Sebelum Akad Nikah, Wanita Kongsi Detik Cemas Kereta Naik Air Banjir
Nasib baik ada yang tolong.
Seperti yang kita tahu, sekarang ini adalah musim hujan dan disebabkan itu ada beberapa kawasan yang dilanda banjir
Kita juga telah diberi amaran oleh pihak kerajaan untuk lebih bersedia menghadapi situasi banjir ini.
Namun, ada kalanya ia datang tanpa diduga walau di manapun kita berada. Sudah pasti rasa cemas itu timbul.
Seperti video di TikTok ini apabila seorang pengantin berkongsi detik cemas ketika dia terperangkap dalam banjir telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Syukur ada geng motor datang selamatkan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang baru saja mendirikan rumah tangga berkongsi detik cemas pada hari akad nikahnya.
Dia memberitahu, pagi sebelum akad nikahnya itu terjadi satu perkara yang tidak diingini. Difahamkan, akad nikahnya akan berlangsung pada pukul 10 pagi.
Namun, pukul 6.10 pagi dia sudah pun keluar rumah untuk pergi make up ke sebuah studio yang berada di pekan.
Dalam perjalanannya ke sana, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya sehingga menyebabkan air masuk ke dalam kereta membuatkan dia dan beberapa orang rakan terperangkap.
Mujur saja selepas itu datang sekumpulan remaja yang menaiki motosikal turun dan membantu untuk menolak keretanya ke tepi.
Lihat video sambungan di bawah:
"Ya Allah, Alhamdulillah semua selamat" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut seram melihat situasi yang dilaluinya itu dan bersyukur kerana semuanya selamat.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 35.5K likes dan 189 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!