seismik

[VIDEO] Tulang Ikan Tersangkut Dalam Mulut, Aksi 'Sweet' Kekasih Ini Curi Tumpuan Netizen

Nasib baik dapat keluar ya.

Cover image via @anak_saari (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pada yang gemar makan ikan, pastinya tulang ikan akan menjadi salah satu masalah buat mereka

Bukan apa, tengah syok-syok makan tulang ikan jua perlu dijaga sebab takut tersangkut, tertelan atau sebagainya betul tak? 

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi pengalamannya tersangkut tulang dan ditolong oleh teman lelakinya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@anak_saari

tulang ikan tersangkut kat anak tekak tak sangka pakwe ak sanggup bt smpai camni sikit pun dia tak geli weiiiii

Dia - Anji

Tulang ikan tersangkut, teman lelaki sanggup tolong buangkan

Menerusi video dari @anak_saari, kelihatan semasa itu dia dan teman lelakinya berada di dalam sebuah kereta dan terpaksa berhenti di tepi jalan kerana ada tulang tersangkut di dalam mulutnya.

Kelihatan teman lelakinya itu berusaha untuk membuang tulang ikan yang tersangkut. Setelah beberapa kali cubaan, tulang ikan itu akhirnya berjaya dibuang.

Malah, dia juga tidak menyangka teman lelakinya itu sanggup menolongnya dan tidak geli dengan situasi tersebut.

"Nasib baik tak terlekat deklat braces tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama mereka ketika tersangkut tulang ikan. Malah, ada juga yang memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 411.8K views, 22.4K likes dan 1,156 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, nasib baik dapat keluarkan balik tulang tu kalau tak perit oi :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: