seismik

[VIDEO] Tular Rakaman Baling 'Barang' Sebab Mogok, Pekerja J&T Tampil Mohon Maaf

Apa-apa pun masalah dah selesai.

Cover image via J&T Express Malaysia - Perak (Facebook)

Syarikat perkhidmatan penghantaran terkenal iaitu J&T Express merupakan kurier yang sering digunakan oleh orang ramai, tidak kira penjual mahupun pembeli

Begitupun, ia telah menjadi isu besar baru-baru ini apabila para pekerja syarikat tersebut didakwa melakukan 'mogok' dengan membaling parcel milik pembeli yang tular di laman sosial.

Kejadian itu telah menggemparkan semua pengguna perkhidmatan berkenaan dan membuatkan orang ramai berasa marah apabila melihatnya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Akui kesilapan dan tampil mohon maaf secara terbuka melalui video

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa pekerja J&T tampil beramai-ramai memohon maaf secara terbuka selepas kejadian tersebut tular di laman Facebook milik mereka.

Mereka juga mengakui kesilapan dan keganasan yang dilakukan kepada parcel milik pelanggan J&T. Difahamkan kejadian tersebut berlaku di J&T Express Perak.

Malah, mereka menjelaskan bahawa perkara tentang isu komisen seperti yang tular adalah tidak benar sama sekali.

Di akhir video berkenaan, para pekerja berjanji akan menghantar barang pesanan pelanggan secepat mungkin.

Lihat video penuh itu di bawah:

"Ingatkan nak cakap kami mengucapkan Selamat Hari Raya" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video berkenaan.

Malah, ada yang menganggap majikan perlulah menjaga hati dan kebajikan pekerja agar perkara yang sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 4.5K likes, 4.5K comments dan 6.1K shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: