seismik

[VIDEO] Wanita Sakat Minta Suami Pilih Dalam Gambar, Tapi Hujungnya Pula Bikin Terhibur

Lain kali kena periksa betul-betul ni.

Cover image via @eyayot_ (TikTok)

Gurauan antara pasangan suami isteri pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan dalam sesebuah rumah tangga

Jika kita lihat sekarang, ramai pasangan yang memaparkan kisah romantis dan video kelakar mereka bersama di media sosial.

Sama seperti pasangan ini apabila video mereka tular di laman TikTok kerana gurauan si isteri yang dikatakan kreatif untuk menyakat suaminya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Suruh suami pilih perempuan yang mana satu dalam gambar

Menerusi video tersebut, ia memaparkan si isteri sedang berbual bersama suami di aplikasi WhatsApp.

Wanita itu kemudiannya telah menghantar gambar sekumpulan wanita dan meminta suaminya untuk membuat pilihan. Pada awalnya si suami keliru kerana memikirkan yang si isteri suruh memilih warna baju saja.

Tetapi, wanita itu kecewa apabila suaminya memilih gadis bertudung pink.

Apa yang lebih melucukan adalah rupa-rupanya disebalik gambar tersebut, terselit gambar si isteri yang sangat kecil di dalamnya. 

"The moment perempuan tengah bosan cari point nak gaduh dengan partner" - Warganet

Dalam pada itu tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga turut terhibur melihat video berkenaan dan menganggap gurauan si isteri kepada suaminya adalah sangat kreatif.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 12.3K likes, 365 comments dan 631 shares di TikTok.

Berikut adalah komen-komen menarik daripada warganet di TikTok:

Aduhai, macam-macam cara kalau nak kenakan pasangan. Idea baru ni :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: