[VIDEO] Tunjuk Cara Makan Dengan Kuku Yang Panjang, Ramai Kembang Tekak Tengok Wanita Ini
Panjangnya kuku dia.
Kebersihan diri perlu dijaga terutama sekali pada musim wabak penyakit ini
Macam-macam boleh terjadi jika kita tidak mengamalkan kebersihan yang betul. Sebagai contoh, kita perlu mengamalkan tabiat mencuci tangan, memotong kuku dan sebagainya.
Pasti ada yang di sini rasa rimas kan kalau kuku panjang? Mesti akan potong saja, pantang nampak kuku panjang sikit.
Namun, berbeza pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita dengan selamba menunjukkan cara dia makan dengan kuku panjang telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Kuku tak pernah potong, tunjuk cara macam mana makan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang berasal dari Indonesia itu membalas video kepada pengikutnya tentang bagaimana cara dia makan dengan kuku yang panjang itu.
Dia kemudian menunjukkan caranya memakan nasi. Kelihatan nasi itu diambil menggunakan kukunya saja.
Malah, dia juga siap berkongsi bagaimana cara dia mencuci pinggan disebabkan ada yang bertanya padanya.
Lihat video lain itu di bawah:
"Masa nak berak tak tahu lah macam mana dia cuci" - Warganet
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka selepas melihat video itu.
Ada yang masih tertanya-tanya bagaimana dia melakukan perkara yang lain dengan kukunya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 29.2M views, 508.4K likes dan 48.4K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!