seismik

Tuang Air Dalam Pinggan Lepas Makan, Wanita Kongsi 'Amalan' Murah Rezeki Ini Jadi Bualan

Iya ke tu?

Cover image via @rasyiqahjasmi (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak petua orang dulu-dulu yang kita boleh dengar dan masih diamalkan sehingga kini betul tak?

Masih ramai yang mempratikkannya, kononnya ia bagus dipratikkan dan dapat dimurahkan rezeki.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi 'amalan' murah rezekinya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@rasyiqahjasmi Mak pesan lepas makan letak air dalam pinggan inshallah rezeki tak putus #fyp Bobo - XVX

Tuang air dalam pinggan lepas makan

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita baru saja selesai menjamu selera di sebuah kedai makan.

Namun, dia kemudian dilihat menuang air sedikit ke dalam semua pinggan selepas mereka selesai makan.

Difahamkan, dia melakukan amalan itu adalah kerana ibunya memesan selepas makan letak air dalam pinggan untuk tidak putus rezeki.

"Aku kerja kedai makan, ada je yang macam ni rasa dia adui hm susah kerja jadinya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat wanita itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 181.9K views, 5,373 likes dan 239 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Boleh nak letak tapi jangan banyak sangat, takut susahkan pekerja kedai nanti :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: