seismik

[VIDEO] "Macam Suara Barbie" - Nyanyian Wanita Ini Raih Lebih 1 Juta Tontonan Di TikTok

Sedap suara dia.

Cover image via @thisisfatia (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti ramai di sini yang pernah melihat atau suka akan drama kartun popular Barbie kan?

Tidak dinafikan, bila bercakap tentang Barbie saja, automatik ia diminati oleh kaum wanita kerana Barbie adalah cerita dongeng yang menarik minat kita untuk tonton.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan suara seorang wanita yang menyanyikan lagu persis seperti Barbie telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nyanyi lagu dalam cerita Barbie sampai suara pun sama

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita menunjukkan dia sedang melihat cerita Barbie di televisyen.

Namun, semasa Barbie itu menyanyi, wanita itu turut menyanyi lagu yang sama dengannya. Apa yang lebih menarik perhatian lagi adalah suaranya pula sangat persis dengan Barbie tersebut.

Videonya itu ternyata menarik perhatian ramai pengguna di TikTok.

"Ingatkan suara Barbie origin tu, sedapnya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas mendengarnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 339K likes dan 2,256 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Samalah suara sis. Barbie in real life :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: