Perbualan Lelaki Perli Ibu Mentua Minta Upah Sebab Jagakan Anak Ini Terima Kecaman Ramai
Kira bersyukurlah tu.
Selepas berkahwin, keluarga mentua sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kita juga
Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah akaun Twitter berkongsi perbualan di antara seorang lelaki dan ibu mentuanya.
Difahamkan, lelaki itu meluahkan perasaan kesalnya selepas si ibu mentua meminta upah kerana telah menjaga anaknya.
Malah, dia juga menyifatkan ibu mentuanya itu seorang yang 'berkira' kerana meminta upah menjaga cucu sendiri.
"Tanggungjawab ibu dan ibu mentua jaga anak sendiri, bukan jaga cucu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi marah mereka selepas melihat perbualan itu.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 757 retweets,1,068 quotes tweets dan 1,317 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!