seismik

[VIDEO VIRAL] Lagu GST Ini Sangat Menarik Sampai Buat Kami Geleng Kepala

Selamat kembali ke era 90an.

Cover image via SAYS.com

Mula-mula, kami sangat teruja bila lihat sebilangan pegawai kastam menari (atau bergoyang?) ke kiri ke kanan, ke kiri ke kanan pada permulaan lagu. Kami fikir, mesti akan ada tarian yang menarik selepas ini.

Image via SAYS.com

Tunggu punya tunggu, akhirnya kami kecewa sebab langsung tiada rutin tarian yang 'best'. Pergerakan ke kiri ke kanan diulang-ulang sampai ke habis lagu, cuma tukar 'camera angle' sahaja.

Image via SAYS.com

Tapi, ada juga babak menarik yang mereka selitkan di tengah-tengah lagu. Di bawah ini ialah salah satu contoh. 1... 2... 3... angkat!

Image via SAYS.com

Bukan setakat itu sahaja. Aksi 3 pegawai kastam pusing kerusi dengan kertas GST warna-warni di tangan ini pun tidak kurang juga menghiburkan hati kami.

Image via SAYS.com

Dan bila tiada kerusi, berdiri pun boleh.... Atau bila diterjemah kepada Manglish akan jadi "standing also can."

Image via SAYS.com

Ok tak nak komen lebih-lebih. Jom kita layan lagu GST!

Psst... Anda perasan tak muka lelaki kat belakang tu masa lagu baru 'start'?

Image via SAYS.com
Image via SAYS.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi setiap hari!

Siapa cakap harga semua barang akan jadi mahal selepas GST?

You may be interested in: