seismik

[GAMBAR] Majlis Pertunangan Gadis 20 Tahun Ini Jadi Tumpuan Ramai Sebab Terlalu Simple!

Pakai baju kurung simple je tau. Comel lah mereka berdua ni!

Cover image via Twitter @Suuuuee__

Tunang: Apakah istilah tunang dalam Islam?

Hukum bertunang dalam Islam adalah sunat.

Ia merupakan satu proses untuk menghalalkan wanita yang menjadi pilihan hati anda. Setelah hasrat tersebut disambut oleh wanita tersebut dan juga walinya, maka wanita itu sudah sah menjadi tunangannya dan tidak boleh sama sekali untuk dipinang oleh orang lain.

Seperti 'kesepakatan' di antara kedua-dua belah pihak untuk menuju ke alam perkahwinan. Namun, bagi wanita dan lelaki yang sudah bertunang juga ada batasnya dan tempoh pertunangan kedua-dua pasangan bukanlah tiket untuk keluar bersama setiap masa.

Gambar sekadar hiasan

Image via Rilek 1 Corner

Berikut merupakan adab pertunangan dalam Islam yang perlu anda tahu:

1. Tidak berdua-duaan atau berkhalwat.
2. Mempercepatkan urusan untuk menghindari perkara yang kurang penting ketika menyelesaikan sesuatu urusan di luar.
3. Menjaga batas pergaulan sesama sendiri.
4. Menjaga masa ketika berhubung.
5. Memanfaatkan tempoh pertunangan dengan hal kebaikan.

Sebab itulah pentingnya untuk pasangan yang bakal bertunang atau mendirikan rumahtangga untuk membaca buku-buku tentang hal kekeluargaan, tips perkahwinan dan sebagainya.

Malah, adalah lebih elok jika anda sentiasa memotivasikan diri ke arah yang lebih baik untuk pasangan anda.

Gambar sekadar hiasan

Image via SBXS

Oh ya, majlis pertunangan juga tidak perlu dibuat secara besar-besaran ya. Kecil-kecilan pun sudah memadai untuk meraikan majlis bersama ahli keluarga yang terdekat.

Baru-baru ini viral di Twitter tentang perkongsian gambar sekitar majlis pertunangan simple seorang gadis berumur 20 tahun dengan jejaka pilihan hatinya yang berusia 19 tahun

Tweet tersebut menjadi tumpuan ramai kerana menurut netizen, majlis pertunangan simple ini memang rare! Mana tidaknya, gadis itu hanya memakai baju kurung biasa dan tunangnya pula yang juga ahli paralimpik hanya memakai t-shirt untuk keluar.

Make-up pun sendiri je, tak perlu upah MUA profesional. Kan lebih jimat!

Perkongsian itu telah berjaya meraih sebanyak 8 ribu retweets dan 15 ribu likes ketika artikel ini ditulis. Baca penuh di bawah:

Foto majlis pertunangan serba ringkas perenang paralimpik S14 Malaysia, Anas Zul Amirul Sidi, 19, bersama Suffi Mazatulnizam, 20, telah viral di laman Twitter

Image via @Suuuuee__
Image via @Suuuuee__
Image via @Suuuuee__

Menurut laporan, pasangan ini pada mulanya hanya ingin mengadakan majlis merisik sahaja pada hari tersebut. Namun, Anas kemudiannya membuat kejutan dengan membawa cincin pertunangan lalu mereka terus bertunang.

Mereka berdua juga pernah berjiran ketika sama-sama menetap di Seremban sewaktu kecil. Selepas itu Suffi berpindah ke Jempol, mereka kemudiannya diketemukan kembali ketika Anas menjadi sukarelawan untuk Sukan Para ASEAN 2017 di Kuala Lumpur.

"Saya daftar jadi sukarelawan sebelum itu saya juga pernah bertugas untuk Sukan SEA. Mula-mula saya nak jadi sukarelawan untuk sukan bola sepak, tetapi dah penuh. Jadi saya pilih sukan renang. Tak tahu pun Anas ada, bila tengok nama rasa familiar pula."
Suffi

Majlis pertunangan itu telah dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan juga sahabat yang datang dari UIA Gombak ke Jempol untuk meraikan hari bahagia mereka berdua

Tunang tak pandai berbahasa Inggeris. Namun, masih mencuba untuk menggembirakan hati gadis ini.

Memang comel habis!

Sejarah hidup mereka berdua dikatakan hampir sama kerana kedua-dua mereka datang dari keluarga yang bercerai. Sekaligus memudahkan mereka untuk memahami perasaan antara satu sama lain dan mudah untuk saling mengawal emosi.

Tambahan lagi, Anas mengalami masalah pembelajaran (slow learner), dan dia juga akan mewakili Malaysia untuk pertandingan renang ke tiga buah negara tahun ini.

Oleh sebab itu, tarikh perkahwinan mereka masih belum ditetapkan lagi. Kemungkinan besar akan diadakan pada bulan September atau Disember tahun ini.

Semoga kedua-dua pasangan ini kekal hingga ke anak cucu. Amin. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

RM10k sahaja? Menarik!

Bertongkat pun masih comel!

Satu je nak cakap, photographer ni memang terbaik! :D

You may be interested in: