Viral Lelaki Jumpa Wanita Di Tepi Jalan, Rupanya Ditinggal Lepas Bertengkar Dengan Suami
Tengah jalan besar pula tu.
Alam rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah kerana anda akan melalui pelbagai masa perit dan manis bersama
Sudah pasti, akan ada masanya suami dan isteri tidak bersependapat dan bertengkar. Ia adalah perkara yang normal bagi pasangan suami isteri.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang wanita Cina ditinggalkan oleh suaminya selepas mereka bertengkar telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Terjumpa seorang auntie masa tengah ronda-ronda
Menerusi video tersebut, difahamkan lelaki yang bekerja sebagai callman itu pada mulanya sedang meronda di sebuah lebuh raya.
Namun, dia kemudian terkejut selepas melihat seorang wanita yang berdiri di pembahagi jalan sambil bermain telefon.
Lelaki itu kemudian terus melintas jalan dan mendekatinya. Apabila ditanya, rupa-rupanya wanita itu ditinggalkan oleh suaminya selepas mereka bertengkar. Lelaki itu nekad untuk menghulurkan bantuan dan menghantarnya pulang.
"Terbaik bang, tak kira apa bangsa kita tolong" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan lelaki tersebut kerana menolong wanita itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 695.6K views, 42.1K likes dan 1,310 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!