seismik
[VIRAL] 'Mr Wonderful' Dan 11 Lagi Fakta Kalendar Bomba 2015 Yang Anda Tidak Tahu
Rupa-rupanya, ada banyak perkara yang anda tidak tahu mengenai Bomba.
Cover image via
SAYS.com
Dah tengok Kalendar Bomba 2015? Sejak diperkenalkan tempoh hari, kalendar ini mendapat sambutan menggalakkan dan turut menjadi viral di laman sosial. Ramai menyifatkan kalendar Bomba ini "panas" dan "mengujakan".
Image via SAYS.com
1. Kalendar ini merupakan idea Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan
Image via mstar.com.my
2. Konsep yang diketengahkan kali ini ialah 'Man and Machine' di mana ia memaparkan anggota Bomba bersama jentera operasi rasmi di darat, laut dan juga udara
Image via SAYS.com
3. Ini merupakan kali kedua kalendar sebegini dihasilkan. Tahun lepas, mereka mengetengahkan konsep 'Fireman And Equipment' yang menunjukkan anggota Bomba bersama peralatan yang digunakan dalam operasi mereka.
Image via wanista.com
4. Tujuan kalendar ini dihasilkan adalah bagi mempamerkan fizikal anggota Bomba yang cergas, tegap, sihat dan kuat supaya sentiasa bersedia menghadapi apa jua bencana yang tidak diduga
Image via SAYS.com
5. Ia juga bagi meyakinkan orang ramai terhadap tahap kesediaan anggota Bomba dalam menjalankan tugas, sekali gus mempromosikan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang kepada masyarakat
Image via SAYS.com
6. Terdapat 12 model yang diambil dari seluruh Malaysia dengan pecahan 10 lelaki dan 2 perempuan. Kesemuanya adalah anggota Bomba yang sebenar.
Image via SAYS.com
7. Setiap tahun, Jabatan Bomba mengadakan SukBom atau Sukan Bomba Malaysia. Salah satu acara yang dipertandingkan ialah 'Mr Wonderful' iaitu sukan bina badan dikalangan anggota Bomba yang berbadan tegap dan sasa.
Image via SAYS.com
8. Pertandingan 'Mr Wonderful' ini mula-mulanya diadakan di peringkat negeri dahulu. Kesemua 16 Jabatan Bomba Di Malaysia termasuk Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur terlibat.
Image via SAYS.com
9. Kemudian, pemenang di setiap negeri akan bertanding di peringkat kebangsaan. Hanya 10 yang terbaik sahaja yang dipilih untuk masuk ke dalam kalendar tersebut.
Image via SAYS.com
11. Menurut sumber, 'Mr September' merupakan naib johan bagi pertandingan Mr Borneo 2011. Hebat!
Image via SAYS.com
12. Kalendar ini ada dua jenis iaitu kalendar meja dan kalendar poster untuk digantung. Ianya bukan untuk dijual. Hanya sebilangan 7,000 kalendar meja dan 3,000 kalendar gantung sahaja yang dicetak. Jadi, siapa cepat dia dapat!
Image via SAYS.com
Nak satu? Kami ada beberapa salinan Kalendar Bomba 2015 untuk diberikan kepada anda. Bagaimana? Mudah saja. Hantarkan mesej peribadi ke Facebook kami. Jangan lupa juga untuk LIKE!