seismik

[VIDEO] Selamba Potong Gelang Pink Nak Berjalan, Netizen Puas Lihat Cara Lelaki Ini Marah

Ikut suka dia je buat macam tu!

Cover image via @jnmalaysia (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik

Kes positif di negara kini semakin membimbangkan, oleh sebab itu kerajaan menyarankan agar kita semua kekal berada di rumah

Malah, sebelum ini tular mengenai hospital yang telah penuh dengan pesakit Covid-19. Ini menyebabkan ada sesetengahnya perlu dikuarantinkan di dalam rumah saja.

Namun, ada juga yang masih berdegil dan tidak mengikut arahan kerana mementingkan diri sendiri. Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila dua orang adik-beradik dimarahi kerana memotong gelang pink mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kena marah dengan tok penghulu sebab tak ikut arahan, siap potong gelang pink sendiri

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di depan rumah pesakit Covid-19. Beliau merupakan Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi Beseri, Mata Ayer dan Chuping iaitu Reswan Ramli.

Difahamkan dia mendapat tahu dua beradik yang masih berada dalam tempoh kuarantin didapati keluar dari rumah mereka untuk berjumpa rakan di Kampung Melayu Padang Besar.

Apa yang lebih mengejutkan adalah mereka sanggup memotong gelang kuarantin KKM sehingga menyebabkan ada individu yang mempunyai kontak dengan mereka turut positif virus itu.

Berikutan itu, masing-masing dikompaun RM6,500 dan RM1,500 selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Puas hati betul aku dengar dia marah macam ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka mengenai kejadian tersebut. Malah, ramai yang berpuas hati melihat cara Tok Penghulu itu memarahi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 419.3K views, 7,278 retweets dan 10.1K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Memang puas hati dengar dia kena marah! Ada ke patut pergi potong gelang KKM tu :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: