seismik

Viral Video Kelunakan Remaja Ini Baca Al-Quran Waktu Beraya, Ramai Mohon Baca Surah Lain!

Sejuk perut ibu mengandung.

Cover image via Twitter @aldinabaharin

Baru-baru ini, sebuah video telah tular di laman sosial yang memaparkan seorang remaja lelaki membaca surah Ar-Rahman ketika dia dan rakan-rakan sedang beraya di rumah guru mereka

Rakaman video remaja yang bernama Syukri itu sebenarnya telah dimuat naik oleh rakannya, Aldina di laman Twitter. Siapa sangka rakaman itu telah mendapat lebih 35 ribu retweets dan lebih 41 ribu likes!

Menurut Aldina, dia, rakan-rakan serta guru mereka sama-sama berasa tenang ketika diperdengarkan bacaan surah berkenaan. Bukan itu sahaja, seorang datuk yang pada waktu itu berada di dapur pun terus menjurus ke ruang tamu sebaik sahaja mendengar suara merdu Syukri. Siap request untuk baca lagi!

Kalau tak percaya, lihat dan dengar sendiri video di bawah:

Tambah Aldina lagi, dia berasa bangga mempunyai kawan seperti Syukri yang menurutnya merupakan juara negeri Johor. Wah, sejuk perut ibu mengandung!

Disebabkan tularnya video tersebut, ramai yang terpegun dan memuji kelunakan suara Syukri membaca Al-Quran

Bukan itu sahaja, Syukri pun sekarang sudah mula berjinak dengan laman sosial Twitter

Image via imgur.com

Buat sahaja akaun dalam laman berkenaan, @SyukrikamsaN, ramai terus request Syukri baca surah-surah Al-Quran yang lain!

Image via imgur.com

Siapa yang ada akaun Twitter itu, bolehlah follow Syukri.

Lepas ini mungkin dia akan baca surah Al-Mulk.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak hafal Al-Quran? Boleh ikuti tips-tips ini!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: