Wanita Dari Penang Maut Di Australia Didakwa Jadi Mangsa Kes Keganasan Rumah Tangga
Mangsa terbunuh meninggalkan 3 orang anak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik
Seorang wanita dari Pulau Pinang didakwa dibunuh dalam satu kejadian serangan keganasan rumah tangga di Perth, Australia, bulan lalu
Menurut laporan 7NEWS Australia, Tan Kah Ming, 28, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah kediaman di Taree St, St James, kira-kira jam 8.30 malam pada 26 Ogos lalu. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Royal Perth, sebelum disahkan meninggal dunia.
Detektif kes pembunuhan percaya Younis Qambari, 38, menyebabkan 'kecederaan parah yang membawa kepada kematian' wanita itu dalam satu serangan beberapa hari sebelumnya.
Polis mendakwa pembunuhan itu 'berlaku dalam konteks hubungan kekeluargaan dan rumah tangga'. Ketua Menteri Australia Barat, Roger Cook, menyatakan bahawa tiga anak Tan berada di lokasi kejadian semasa insiden itu berlaku.
"Ia kedengaran seperti satu situasi yang mengerikan dan berlaku di hadapan kanak-kanak. Simpati kami bersama mereka yang terkesan," kata Cook dipetik menerusi laporan WAtoday.


Tan Kah Ming, 28.
Image via China PressKempen GoFundMe telah dilancarkan oleh saudara kembar Tan bertujuan menyara tiga orang anaknya yang berusia 3, 5, dan 7 tahun
Saudara kembar Tan, memberitahu 7NEWS bahawa dia sangat sedih dan sukar menerima hakikat tragedi tersebut. Keadaan disifatkan lebih sukar memandangkan dia hanya tinggal berhampiran.
Tiga bulan sebelumnya, keluarga Tan menyedari terdapat kecederaan pada tubuhnya sebelum menghubungi polis Perth kerana bimbang akan keselamatannya.
Di laman pengumpulan dana tersebut, Tan digambarkan sebagai seorang ahli komuniti yang penyayang, rajin dan dihargai, yang telah memberi kesan terhadap kehidupan ramai menerusi sifatnya, dedikasi dan kemesraannya.
Dana tersebut akan digunakan untuk menampung perbelanjaan hidup, penjagaan kanak-kanak, kos pendidikan dan keperluan harian anak-anaknya selain memberikan kestabilan kewangan pada masa ini.
China Press melaporkan bahawa Tan berasal dari Pulau Pinang dan telah menamatkan persekolahan menengahnya di sebuah sekolah di Butterworth.
Qambari kini berada dalam tahanan selepas didakwa atas tuduhan membunuh. Suspek dijadualkan hadir ke mahkamah pada 16 September untuk perbicaraan seterusnya.
Layari kempen GoFundMe Tan di SINI.


Suspek, Younis Qambari, 38.
Image via WAtodayLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via