seismik

Wanita Kongsi Itinerari Food Hunting 4H3M Ke Hatyai Naik ETS Bawa Anak Kecil. Jimatnya!

Ini adalah itinerari untuk buru makanan sahaja. Tidak termasuk shopping ya.

Cover image via Mya Syamyra/Facebook

Banyak perkara yang boleh anda lakukan ketika bercuti di negara luar. Bukan setakat jalan-jalan sahaja.

Image via Tenor

Sebagai contoh, ada yang suka membeli-belah barangan di negara luar, melihat pemandangan di sekitarnya, mempelajari dan mendalami budaya mereka dan sebagainya.

Namun, ada juga di antara pelancong yang suka pergi jalan-jalan cari makan untuk merasai sendiri keenakan dan keunikan sajian yang disediakan. Memang tak sama dengan apa yang dijual dan ditawarkan di Malaysia. Kalau ada pun, mungkin rasanya akan sedikit berbeza.

Tapi lain orang, lain pula cara mereka ketika bercuti.

Seperti satu perkongsian yang dikongsi oleh Mya Syamyra baru-baru ini mengenai percutian 'cari makan' bersama dua orang anak kecil dan suami tercinta di Hatyai selama 4H3M menaiki ETS

Menurutnya, percutian menaiki ETS untuk ke Hatyai dari KL ini benar-benar menjimatkan berbanding jika mereka pilih untuk menaiki kapal terbang.

Baca perkongsian penuh di bawah:

KL ke Hatyai selama 4 hari 3 malam menaiki ETS untuk tahun 2020 bersama dua anak kecil dan suami tercinta :)

Finally full story pasal trip mia & family ke Hatyai from KL 2020 is ready. 

Ramai tnye mcm2 so mia jwb kt sni terus ok. Kami berempat mia pregnant 6months, husband and kids 5&4 tahun. Trip 3jan -6 jan 2020. Sebab selalu blogger share trip bujang je kan nahh kalini BAWA KIDS. Kami xsuka follow tour guide sbb xnk terikat ngn masa dorg. Bw budak ni lain mood tak tentu so decide gerak sendiri je. Korg boleh cuba!! Baca sampai habis ok.

Okay kita straight foward terus tak nak panjang cite ok. Ni mia share just itinerary untuk yang nak FOOD HUNTING je. Nak shopping korang boleh adjust bajet memasing. Mahal ke murah bg i murah compared naik flight. First thing kena beli tiket ETS dlu, beli online je dia ada APPS KTMBmobile. Pilih origin and destinasi PADANG BESAR. 

Kalau mia dari KL SENTRAL - PD BESAR ada dua harga rm76 & rm102 utk dewasa, Rm42&55 utk kanak2. So of course beli yang tix murah rm76& rm42 tu. (Gold murah, Platinum mahal) pjalanan 5jam ye. Jangn risau dalam tu ada surau, tandas and mini cafe.

Aplikasi yang digunakan untuk membeli tiket ETS. Kena sign up dulu dan baru boleh beli.

Image via Mya Syamyra/Facebook

Tiket online yang anda akan dapat. Boleh screenshot dan tunjuk dalam tren nanti.

Image via Mya Syamyra/Facebook

Tix 7AM dari KL - 1pm Padang Besar
RM76 x 2 parents, RM42 x 2 kids
Total tix = RM236 pergi Padang Besar

Kat sini silap mia tak beli tix balik terus, esok baru beli tix murah DAH HABIS!! Tinggal rm102& rm55 sajo. Rugi banyak kan. So korang beli siap2 okay pergi balik. Kita beli la jgk kang xbalik Kl pulak kan.

Tix - Padang Besar 3.40pm sampai KL sentral 9pm
RM102 x 2 parent, RM55 x 2 kids
Total tix = RM314 balik KL. (rugi RM78)

Untuk tempat penginapan pula, boleh tempah siap-siap melalui aplikasi dalam talian sebelum pergi bercuti. Lebih mudah.

Hotel mia booked kt agoda, Udee Living Place bebetul sebelah Greenway Night Market rm313/3malam. Hotel ni mmg recommended sbb bersih, just jalan kaki ke night market dorg. Baca review dlu sblm book ok.

Passport JANGAN LUPA BAWA.

Lokasi: Greenway, belakang hotel.

Image via Mya Syamyra/Facebook

Lokasi: ASEAN Night Bazar.

Image via Mya Syamyra/Facebook

Lokasi: ASEAN Night Bazar.

Image via Mya Syamyra/Facebook

Day 1: Friday
6am - Dari rumah ke Kl sentral utk naik ETS Train, 7am terus masuk train duduk tmpt ikut tix and smpai Pdg Besar 1pm. Spnjg dlm tu korang tidur jela. 5jam bawa makanan siap2 dari rumah , kt situ ada cafe mahal skit. 2pm - Sampai Pdg Besar, ramai agent van akan approach. Mmg plan nk naik van so rm20 per head kami kena rm60/4 org utk dia hantar ke Hotel @ any first destination korg. Van akan bw korg siap2 cop kt Imigresen Malaysia & Thai. Then baru gerak. Mcm kami ke Kai To Decha dulu untuk lunch.

Sejam pjalanan dr Pdg Besar - Hatyai . Klu korg nk jimat naik keretaapi lama dorg rm7 per person cuma kena tggu 2jam la sbb ikut jadual. Since kami bw kids kami terus naik van senang cite. Malas tggu lg wei. Oh ya sediakan rm2 per person utk cop imigresen thai . rm8/4 org (xtau ni wajib ke tak kitwg byr je). Beli simkad masa kt Pdg besar so xpyh register rm20/8hari unlimited.

3pm - Lunch Kai To Decha spent rm25 makan
4pm - ke hotel pakai grab thai rm12 and checkin hotel for rest refreshing sebelum food hunting malam.
8pm - Heading asean night bazaar kami jalan kaki 5min dari hotel utk dinner , balik xlarat plak nk jalan kaki so naik tuktuk2 (biasalah mak buyong dh kenyang). rm42 makan, baju 2helai rm33, mainan rm43 (terpaksa beli ya), tuktuk balik hotel 4 org rm8

Damage: RM218

Day 2: Setelah kira2 naik grab maybe akan spent around rm80-90 sehari . so kami decide sewa scooter(contact dr hotel) so sewa rm47/1hari full tank and dpt diskaun rm88/2hari. Jimat bukan?? so boleh gerak ikut suka hati korg . kami berempat muat tau walaupon mia mak buyong ni.

Day 2: Saturday
9am : Sarapan Dimsum chabura rm27. 11am : Kimyong Market (shopping kacang) rm90 kena pandai tawar jangan bayar je harga dorg sebut. 1pm : Balik hotel rest sbb panas lit2 anak merungut panas dh. 3pm : Khloeng hae floating Market (makan) makan rm30 + rm26 hadiah + rm27 kcg better dtg awl kalau xnk sesak. Nnt meja penuh u alls. Nk dtg mlm pon ok jerr. 5pm balik hotel rest bg anak2 tidur dulu(untung naik moto kn bole balik rest ikut suka). 8pm : hatyai walking street spent rm116 (souvenirs rm16+ food+buah+ milo rm100) kt sni wajib pegi !! 10pm : Balik hotel tidurrr.

Damage: RM404

Tuktuk akan sentiasa ada di depan Asean Night Market. Boleh naik kalau tak larat nak jalan dah.

Image via Mya Syamyra/Facebook

Contact untuk sewa motor.

Image via Mya Syamyra/Facebook

Day 3: Sunday
Kami decide skip breakfast and terus lunch. 12pm: Lunch at kai to decha rm30. 2pm: Central festival city mall bawa anak2 main playground spent rm13 beli coin. 4pm: Balik hotel bg anak2 tidur rest. 8pm: asean night market makan rm27, dinner + pedicure greenway rm20 + rm3 jajan, 10pm : balik hotel tidur!

Damage: RM93

Day 4: Monday
11am : checkout hotel terus lunch naik grab ke restoran utk lunch grab cost rm12, makan cost rm30, 1pm: Naik van dari Hatyai ke Pdang besar rm60/4 org sejam perjalanan, 3.40pm: Train ke Kl sentral tiba utk berlepas, 9.30pm: Sampai Kl sentral.

Damage: RM102. GRAND TOTAL: RM1,680.

Kimyong Market.

Image via Mya Syamyra/Facebook

Floating Market.

Image via Mya Syamyra/Facebook

Tips di bawah juga boleh anda gunakan jika anda bercadang untuk ke Hatyai:

p/s: Untuk couple / bujang group korg bole je pergi 3H2M sbb boleh pdatkn itinerary tp kami bw kids and xnk push sgt diri dgn full trip . (sila pergi Jumaat - Ahad) hari biasa banyak tmpt tutup. kami pegi 4hari sbb xnk stresskan kids dgn jadual padat. Apa2 pon sblm kesini Google tmpt2 mia mention tu. 

Tuktuk2 and grab klu group ok la boleh share2. Klu couple naik motor jela . Klu nak shopping sila bw duit thai lebih sbb cas atm withdrawals rm40! Lagi satu korg jgn risau mostly dorg smua boleh ckp melayu dlm 5% je xpndai tu kena speaking basic2. Pastu g memana pakai je google maps ok xpyh bawa peta tu pulak.

Travel essentials: seterika ( hotel thai mmg tak sediakan ), Kipas kecil, Pillow Neck, Sweater (dlm ets sejuk wei), Pakai kasut dan Sunblock.

Thats all!! Hope korang enjoy with my simple itinerary, if ada salah kira memana tu maafkan ye sis failed math. KALAU KORG RASA MAHAL CUT MANA YANG TAK PERLU, Maybe ada org spent lg murah or lg mahal. Again ni trip dari KL ye, klu dr PERLIS xpyh sembang mmg lg murah.

Macam syok je. Hatyai jom? :D

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak tips lain untuk ke Hatyai? Baca sini:

You may be interested in: