seismik

Wanita Kongsi Pengalaman Tidur Di Bubble Hotel Bali, Ini Kalau Malam Mesti Seram!

Korang nak cuba tak?

Cover image via @anashwara.co (IG) & @facktura (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bali merupakan pulau yang popular dan sering dikunjungi ribuan pelancong di Indonesia

Dengan pemandangan yang menarik, ramai menjadikan Bali sebagai pilihan untuk healing selain tempat untuk berbulan madu. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang wanita berkongsi pengalamannya menginap di Hotel Gelembung, Ubud Bali telah mencuri tumpuan. 

Sebaik saja tiba di lobi, dia tidak dibenarkan untuk membawa bagasi masuk ke dalam bilik. Bilik yang berupa gelembung transparent itu hanya memuatkan dua orang pengunjung saja. 

Oleh sebab itu, dia dilihat memasukkan pakaian dan barang keperluan ke dalam tote beg yang disediakan pihak hotel. 

Image via @facktura (X)

Bilik jenis gelembung, tandas dan bathtub juga berada di luar

Dia juga berkongsi dengan merakam video sekeliling bilik, tandas dan bathtub. Dapat dilihat biliknya itu memang cukup-cukup memuatkan sebuah katil saiz queen dan almari untuk letak baju. 

Bilik gelembung itu membolehkan pengunjung menikmati pemadangan hutan. Begitu juga dengan orang yang berada di luar, mereka boleh melihat tindak tanduk pengunjung dalam bilik itu. 

Begitu juga dengan tandas dan tempat mandi, ia berada di tempat terbuka. 

Image via @facktura (X)
Image via @facktura (X)

"Risau malam-malam ada langsuir tumpang tidur atas bubble tu macam mana? Takut" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 186K views, 194 reposts dan 377 likes di X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan komen netizen di X:

Image via @facktura (X)
Image via @facktura (X)
Image via @facktura (X)
Image via @facktura (X)

Lihat video penuh itu di bawah:

Terbuka sangat, risau ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: