seismik

Wanita Bayar RM30K Untuk Majlis Kahwin, Tak Sangka Pula Kena Scam Dengan Wedding Planner

Indah khabar dari rupa!

Cover image via @ekynaris (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis perkahwinan setiap orang berbeza-beza impiannya

Sudah pasti, ada yang mengidamkan dream weddingnya menjadi kenyataan. Oleh sebab itu, ada yang sanggup menabung demi melihat majlis perkahwinan yang telah lama diimpikan.

Tidak dinafikan, jika ingin dekorasi dan majlis yang selesa, ia menelan kos yang tinggi. Baru-baru ini, tular sebuah posting di X yang memaparkan seorang wanita tidak puas hati dengan wedding plannernya kerana menjanjikan perkara yang tidak dapat ditunaikan.

Perkhidmatan wedding planner itu indah khabar daripada rupa, dekorasi pelamin, makanan dan pakej photobooth dijanjikan tidak ada pun yang sama seperti dibincangkan.

Pengantin mahukan dekorasi rama-rama, bunga dan walkaway yang cantik seperti majlis sebelum ini, namun ia sekadar janji palsu.

Difahamkan, majlis perkahwinan pasangan pengantin ini baru saja dijalankan pada 10 Disember 2023 di sebuah hotel di ibu kota.

"Menangis kan tengok? Masa tunjuk kata sama, ada rama-rama. Bila majlis aku rama-rama tersorok weh. Bunga pun ala kadar. Walkway tu buruk gila weh" tulisnya.

Image via @ekynaris (X)

Hari kejadian

Image via @ekynaris (X)

Hari kejadian

Image via @ekynaris (X)

Meja makan beradab juga sangat berbeza dengan majlis client lain

"Dia suruh aku datang tengok majlis client lain masa 14 May 2023. Dia cakap client ni ambil package budget je. aku datang, dia offer makan beradap 6 orang. Time aku, takde weh? Berdua je? Entah aku yang majlis ekonomi ke apa tah" tulisnya.

Lihat video majlis client lain:

Hari Kejadian

Image via @ekynaris (X)

Bayar pakej dekat RM30K, tapi wedding planner lupa photobooth yang dijanjikan

Pakej perkahwinan tersebut termasuk wedding photobooth untuk lima jam, namun wedding planner itu menjanjikan photobooth 360 tetapi pada hari kejadian kamera itu tiada dengan alasan mereka lupa.

Image via @ekynaris (X)

"Nasib aku ada sewa audio guestbook tu. Kalau tak, memang nampak kosong takde apa. Itu pun tak malu nak upload gambar mcm dia punya service padahal aku yang sewa dari orang luar" tulisnya.

Image via @ekynaris (X)

Sebelum majlis juga sangat serabut, meja VIP siap kena pindah sampai pengantin malu dengan tetamu jauh

"Belum cerita lagi serabut gila majlis tu, tetibe meja vip kena pindahlah. aku tak tahu nak letak muka kat mana dah malu sangat weh. family dari Sabah, Indonesia dtg jauh jauh. baik buat bawah flat rumah aku je" tulisnya. 

Image via @ekynaris (X)
Image via @ekynaris (X)

Apabila wanita tersebut membuat aduan, wedding planner itu menjawab expectation wanita itu terlalu tinggi

Wanita itu sehingga tak tahu nak bertindak macam mana kerana dia rasa tertipu tak puas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan wedding planner.

Image via @ekynaris (X)
Image via @ekynaris (X)

Lihat posting itu di bawah:

Setakat artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak wedding planner mengenai isu yang tular itu.

Bagaimanapun, kes ini tiada kena mengena langsung dengan pihak hotel berkenaan kerana ia hanya dijadikan sebagai lokasi majlis tersebut.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua dan isu ini dapat diselesaikan secara baik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: