Tak Letak Jenama Sendiri, Ramai Puji Tindakan Syafiqah Aina Pilih Palestin Sebagai Iklan
You're amazing Aina!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh Syafiqah Aina terkenal dengan jenama rawatan mukanya sendiri iaitu AINAA Beauty
Seperti umum ketahui, ramai peniaga yang ingin mengiklankan jenama atau produk mereka sendiri di billboard atau di layar kaca.
Namun, lain pula dengan pempengaruh yang bernama Aina ini. Baru-baru ini, tular postingnya di laman X yang memaparkan iklan billboardnya.
Billboard tersebut bukan untuk mempromosikan jenama atau produknya, tetapi untuk mengingatkan ramai tentang bumi Palestin. Inisiatif murni Aina ternyata dipuji ramai kerana masih konsisten dalam menunjukkan solidariti untuk rakyat Palestin.
"Billboard ni sepatutnya Aina guna untuk brand AINAA supaya penduduk area berdekatan tahu location AINAA & cost memang agak tinggi untuk billboard ni" - Aina
Namun, dirinya tetap kuat untuk mengikuti kata hati yang ingin mengingatkan ramai tentang Palestin pada waktu ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!