Jual Playlist Lagu USB Secara Terbuka, Individu Ini Didakwa Untung Sampai RM200K
Netizen persoalkan ini cetak rompak versi moden ke?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, di zaman teknologi canggih ini banyak aplikasi lagu yang boleh kita langgan untuk mendengar lagu secara rasmi
Antaranya YouTube, Spotify, Apple Music dan banyak lagi. Namun, semua aplikasi itu dikenakan bayaran kerana hak cipta.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di X yang memaparkan individu menjual playlist lagu Melayu dalam bentuk USB telah mencuri tumpuan.
Playlist tersebut mengandungi 56 buah lagu yang boleh dimainkan di dalam kereta atau mana-mana pembesar suara yang mempunyai USB.
Lebih mengejutkan lagi adalah seramai 22K orang telah membeli USB itu dengan harga RM8.99, perkara itu telah memberi untung sebanyak RM198,000 kepada individu yang menjual.
"Tapi sayang sumber pendapatan dia haram ,sebab ambil hak cipta orang lain tanpa kebenaran" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 866.1K views, 3.2K reposts dan 9K likes di X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan komen netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!