“Tadah Tangan Berdoa Di Raudhah, Kita Akan Dihalau Keluar?” - Ini Jawapan Mutawif
Ada yang pernah kena halau.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai umat Islam, kita mengimpikan dapat ke rumah Allah suatu hari nanti
Namun, baru-baru ini tular sebuah insiden di mana mereka yang beribadat di Raudhah, Taman Syurga dalam Masjid Nabawi dihalau keluar apabila mereka menadah tangan untuk berdoa.
Perkara itu menyebabkan ramai tertanya-tanya apakah sebab mereka dihalau keluar oleh penguatkuasa yang menjaga di situ.
Mutawif Ashraf memberikan penjelasannya melalui video di TikTok baru-baru ini. Katanya, ada cara lain untuk berdoa selain mengangkat kedua-dua tangan. Umat Islam boleh berdoa dengan cara bersujud selepas selesai solat sunat dan solat taubat.Ini selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW, seorang hamba itu sangat dekat dengan sang penciptanya sewaktu sedang sujud, maka perbanyakkan doa.
Ada juga yang mengatakan sebab tak boleh berdoa kerana pihak masjid ingin memberi peluang kepada orang ramai yang datang untuk mengerjakan ibadah.
"Baru balik minggu lps. 2 kali masuk Raudah, kali pertama boleh solat dengan doa. Kali kedua jemaah ramai sangat, lepas solat nak angkat tangan, saya ditarik keluar" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 451K tontonan, 22K tanda suka dan 500 komen di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka.
Ada yang pernah kena halau semasa ingin berdoa, ada juga yang tidak pernah dihalau dan diberi peluang berdoa di situ.
Berikut merupakan komen netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!