‘Gaji 3K Pun Mengeluh’ - Lelaki Bidas Dakwaan Pak Cik Label Generasi Kini Terlalu Manja
Kos sara hidup dulu dengan sekarang pun sangat berbeza wahai pak cik.
Dunia sudah masuk ke tahun 2020 dan sudah semestinya taraf hidup yang dijalani pada hari ini sangat berbeza dengan tiga atau empat dekad yang lalu
Mengambil kira kehidupan sekitar tahun 1980 ke 1990an yang lalu, pelbagai makanan, barangan serta keperluan harian dapat dibeli dengan harga yang jauh lebih murah berbanding hari ini.
Malah bukan itu sahaja, untuk membeli hartanah seperti rumah pada ketika itu juga tidaklah terlalu mahal berbanding hari ini di mana ia telah mencapai purata harga lebih setengah juta khususnya di kawasan bandar.
Melihat kepada trend kenaikan harga barang dan hartanah ketika ini, masyarakat khususnya golongan muda mengalami tekanan apabila segala-galanya mahal dan sukar untuk dimiliki.
Apatah lagi, pendapatan yang diperoleh juga agak rendah jika dibandingkan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Apa yang lebih malang, ada segelintir masyarakat masih menganggap bahawa generasi muda pada hari ini seolah-olah terlalu manja dan tidak bersyukur meskipun gaji yang diperoleh kononnya lebih tinggi berbanding mereka suatu ketika dahulu.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook baru-baru ini, seorang individu memuat naik satu posting bagi membuka mata sesetengah masyarakat yang menganggap generasi hari ini terlalu manja
Menurut pengguna Facebook bernama IR Abdul Rahman, dia berkongsikan pandangannya tentang kehidupan masyarakat terdahulu dengan hari ini yang dianggap sudah banyak berbeza.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat lebih daripada 6 ribu shares di Facebook.
Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:
Hairan, gaji dah RM3,000 tapi masih mengeluh lagi
Hairan aku dengan budak muda sekarang ni, gaji dan RM3K pun mengeluh lagi. Aku dulu...
Isu survival hidup bukanlah satu topik asing yang nak dibincangkan. Tapi bila aku dengar ada seorang warga pencen berbual sesama mereka semasa beli nasi lemak pagi tadi, membuatkan aku terpanggil untuk menulis posting ini. Jelas di gegendang telinga aku bila terdengar ayat:
"Hairan aku dengan budak muda sekarang ni gaji dah RM3K pun mengeluh lagi. Aku dulu tahun 80an gaji RM1.5k je hidup juga. Dapat beli rumah teres, dapat pakai kereta Honda. Dapat juga makanan McDonalds. Budak-budak sekarang ni manja sangat!
Aduh..berdesup menusuk hati bila dengar ayat-ayat pedih macam tu. Aku terfikir juga kenapa generasi aku struggle gila nak hidup zaman ni. Betul ke generasi aku ni manja? Ke, kami ni memang tak reti nak survive? Bila aku masuk office, aku muhasabah diri fikirkan balik ayat pakcik tu tadi. Mana silapnya?
Lelaki ini kemudiannya membuat perbandingan kehidupan di zaman 80an dan juga hari ini
So, aku pun buatlah study sikit nak buat comparison.
Tahun 1980an
Gaji: RM 1,500 sebulan
Rumah Teres setingkat : RM 25,000 (luar Kuala Lumpur)
Kereta Honda Civic: RM 13,000
Double Cheeseburger: RM2.95
Tahun 2020
Gaji: RM 3,000 sebulan
Rumah Teres setingkat : RM 280,000 (luar Kuala Lumpur)
Kereta Honda Civic: RM 108,000
Double Cheeseburger: RM9.45
Jom kita compare:
1. Gaji 2020 vs Gaji 1980an:
RM 3,000 / RM 1,500
Result = Kenaikan 2x ganda
2. Rumah 2020 vs Rumah 1980an
RM 280,000 / RM 25,000
Result = Kenaikan 11x ganda!!
3. Kereta Honda Civic 2020 vs Kereta Honda Civic 1980an
RM 108,000 / RM 13,000
Result = Kenaikan 8.3x ganda!!
4. Double Cheeseburger 2020 vs Double Cheeseburger 1980an
RM 9.45 / RM 2.95
Result = Kenaikan 3.2x ganda! Yes, nampak macam best. Nilai gaji naik 2 kali ganda. Tetapi, generasi hari ni.
• Kalau nak beli rumah teres setingkat di luar Kuala Lumpur, kena usaha 11 kali ganda lebih dari orang kerja tahun 80an.
• Kalau nak beli Honda Civic, kena usaha 8.3 kali ganda lebih dari orang kerja tahun 80an.
• Kalau nak makan Double Cheeseburger, kena usaha 3.2 kali ganda lebih dari orang kerja tahun 80an.
Standard masa kerja tahun 80an dengan tahun 2020 sama je 8 jam, tak berubah-ubah, jadi kepada Pakcik tadi. Adakah ini bermaksud kami generasi muda,
• Kena kerja 88jam sehari (8 jam x 11 kali ganda) supaya kami dapat beli rumah teres setingkat?
• Kena kerja 66.4jam sehari (8 jam x 8.3 kali ganda) supaya kami dapat beli Honda Civic?
• Kena kerja 25.6jam sehari (8 jam x 3.2 kali ganda) supaya kami dapat makan Double Cheeseburger McD?
Macam mustahil je Pakcik. Setiap orang ada masa 24jam sahaja sehari. Ok lah pak cik, to be fair wife saya pun kerja. Saya ada 24jam, wife saya 24jam. So, keluarga saya ada 48 jam sehari.
Nak beli Honda Civic pun tak lepas lah pak cik sebab nak beli Honda Civic kena kerja 66.4jam sehari! Lepas tu mesti pak cik cakap, "Dah tau tak mampu. Kenapa nak beli rumah teres? Kenapa nak pakai Honda Civic?" Baik Pakcik.. Saya ubah lifestyle saya.
RUMAH
Tak mampu beli rumah landed macam pak cik, beli PPR je lah. RM35,000 (Itu pun kalau dapat bila apply). Dulu pak cik beli rumah teres RM25,000 kan?
So,
RM 35,000 / RM 25,000
Result = Kenaikan 1.4x ganda
KERETA
Pakai Axia second hand je lah RM 25,000. Dulu pak cik pakai Honda Civic harganya RM13,000 kan?
So,
RM 25,000 / RM 13,000
Result = Kenaikan 1.9 kali ganda
McD?
Tak payah makan lah sebab tak mampu.
Make sense lah kot nampaknya.. Kata orang, ukur baju di badan sendiri kan.. Tapi pelik ye? Gaji naik 2 kali ganda tapi lifestyle saya tak sama dengan pak cik dulu-dulu. Tu tak masuk lagi cerita belanja harian. Belanja nak membesarkan anak, belanja bayar PTPTN, MARA.. Hairan saya pak cik.
So, apa isu yang sebenarnya? Generasi saya ni MANJA ATAU KUASA BELI KITA YANG BERKURANG pak cik? Fikir-fikirkanlah.