Webcam Rosak & Kualiti Buruk? Gadis Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Tingkatkan Kualiti Kamera
Percuma je guys!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Komputer riba kini sudah menjadi keperluan untuk setiap pelajar mahupun pekerja
Pasti ramai pelajar yang belajar secara dalam talian bukan? Begitu juga dengan pekerja juga disarankan bekerja dari rumah saja.
Hal ini demikian kerana, kelas ataupun mesyuarat akan dijalankan melalui Google meeting atau platform lain yang berbentuk video conference.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok mengenai cara untuk tingkatkan kualiti webcam mencuri perhatian ramai orang.
Lihat video penuh itu di bawah:
Muat turun aplikasi dan gunakan kamera telefon pintar sebagai webcam
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @mochaenthusiast di laman TikToknya, kelihatan dia sedang menggantikan webcamnya dengan kamera telefon pintar.
Mula-mula, gadis itu memuat turun aplikasi iTunes dan Droidcam Client di laptopnya. Seterusnya, dia memuat turun aplikasi Droidcam di telefon juga. Kemudian, sambungkan telefon pintar dengan laptop.
Akhirnya, paparan skrin di Google Meeting akan terhasil daripada kamera telefon pintar. Gadis itu juga mengatakan kualiti kamera telefon lebih baik daripada kualiti webcam di laptop.
"Thankyou for this, kalau tak nampak lubang hidung je bila kelas" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen berterima kasih kepada gadis itu kerana membuat perkongsian yang bermanfaat. Malah, ramai yang mengatakan trick tersebut menjadi.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 1.2M views, 100K likes dan 600 comments di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: