seismik

WIRA, Filem Aksi Terbaik Untuk Penutup Tahun 2019. Memang Terbaik!

Siapa peminat filem aksi memang wajib tonton filem ini!

Cover image via GSC

Filem genre aksi sememangnya menjadi pilihan orang ramai sejak akhir-akhir ini

Lihat sahajalah kejayaaan filem-filem genre sama seperti Paskal, Polis Evo 1 & 2, One Two Jaga, Geran, KL Special Force dan lain-lain yang memberikan impak besar kepada penonton. 

Itu sudah cukup membuktikan bahawa netizen kini dahagakan filem-filem aksi setaraf Hollywood.

Image via ReelGood

Terbaru, filem WIRA muncul bersama janji sebagai filem aksi penutup terhebat 2019!

Diarahkan oleh pengarah berbakat besar, Adrian Teh beserta para pelakon gabungan Malaysia dan Indonesia iaitu Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Dain Said, Dato Hilal Azman, Yayan Ruhian, Henley Hii dan Josiah Hogan.

WIRA juga menampilkan sudut lain yang hebat dengan hasil sentuhan pengarah lagak aksi tersohor dari Indonesia, Yayan Ruhian di mana penonton dapat melihat aksi tanpa henti, sekaligus mampu menjadi penanda aras bagi aksi filem tempatan terbaik pada tahun ini. 

Image via GSC

Baca sinopsis filem ini di bawah:

WIRA mengisahkan tentang karakter utamanya, Hassan (Hairul Azreen) yang merupakan seorang bekas tentera yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil.

Dia menyertai tentera bukan sahaja untuk mengawal 'setan' dalam dirinya tetapi juga tidak sanggup melihat hidup keluarganya dan orang sekelilingnya yang ditekan dan dikawal oleh Raja (Dain Said).

Image via GSC

Setelah menyempurnakan khidmat untuk negara, Hassan kembali juga demi keluarga dan menyelesaikan hutang adiknya Zain (Fify Azmi) atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja.

Hassan dan Zain terpaksa bertanding sekali lagi dengan Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan), kedua-dua anak Raja.

Image via GSC

Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Prima, Dato’ Iskandar Mizal Mahmood mengatakan WIRA merupakan filem yang mempunyai jiwa dan semangat yang sangat tinggi

"Filem ini semestinya dapat memberi kepuasan bukan sahaja dari sudut komersial malah dari segi kekuatan penceritaan seterusnya membuat penonton jatuh cinta kepada filem ini.

"Dengan tayangan yang melebihi 100 pawagam di Malaysia dan negara serantau, semoga filem ini dapat menambat hati penonton antarabangsa dengan nilai penceritaan yang universal berdasarkan kekeluargaan, pengorbanan, persahabatan dan perjuangan," katanya. 

Image via GSC

Nak tahu onz ke tak onz filem ni, jom tengok trailer di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: