seismik

"Wow Ada Butik Dalam Kapal Terbang" - Coach Airways Ini Bakal Dibuka Di Freeport A'Famosa

Uniknya!

Cover image via @eiz_fyzal (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita sedia maklum, Coach merupakan jenama terkenal di seluruh dunia

Butiknya yang mewah serta harga barangannya yang tinggi memang membuatkan poket rakyat marhaen menangis melihatnya.

Ada yang menyimpan duit bertahun-tahun demi membeli beg tangan Coach. Baru-baru ini, tular di laman TikTok memaparkan butik Coach bakal dibuka di Freeport A'Famosa telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@eiz_fyzal

Butik Coach dalam kapal terbang Melaka bakal ada butik coach di Freeport Afamosa.. Mungkin akan buat coach cafe mcm di Singapore SUMBER GAMBAR : CM MELAKA Dato Rauf #melaka #melakahawau #melakatiktok #melakafoodie #melakapeople #coach #dontmesswithmelaka #melakatown @abraufyusoh @Freeport A’Famosa Outlet

Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version - sped up 8282

Buat pertama kalinya di Malaysia ada butik Coach dalam kapal terbang!

Menerusi perkongsian video daripada @eiz_fyzal, kelihatan sebuah kapal terbang besar yang bertulis 'Coach Airways' bakal dibuka tak lama lagi di Freeport A'Famosa Outlet, Melaka.

Pada mulanya, ramai yang ingat kapal terbang itu akan ada restoran di dalamnya, namun siapa sangka ia akan menjadi sebuah butik mewah.

Jika dilihat dari luar, memang besar kapal terbang itu. Jadi, sudah tentu hiasan butik di dalamnya juga bakal memukau mata para pelanggan.

"Lah, aku ingat nak buat restoran. Mesti jalan jammed nanti" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 418.9K tontonan, 26.4K tanda suka serta 7.8K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut teruja untuk melihat butik Coach itu apabila sudah siap nanti. Malah, ramia juga yang tersilap sangka ingatkan dalam itu akan ada restoran.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Siapkan duit untuk shopping nanti guys! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: