seismik

"Ya Allah, Izinkan Aku Sampai & Jumpa Arwah" - Sazzy Falak Terbang Ke Jakarta Buat Ashraf

Perkongsian IG stories tersebut telah dikongsi oleh salah seorang rakan artis yang juga rapat dengan arwah Ashraf Sinclair iaitu Sazzy Falak.

Cover image via Instagram @sazzyfalak

Berita pemergian Ashraf Sinclair pada awal pagi tadi benar-benar memberikan kesan yang mendalam buat rakyat Malaysia

Image via Google

Menurut laporan msn.com, arwah Ashraf yang meninggal dunia akibat serangan jantung akan dikebumikan di Sandiego Hills, Jakarta, selepas waktu asar. Susulan itu, pada ketika ini kesemua ahli keluarga masih sibuk mengurus upacara pengkebumian jenazah.

Lebih menyedihkan, Doddy, pengurus kepada isteri Allahyarham, Bunga Citra Lestari menjelaskan bahawa arwah tidak menghidap sebarang penyakit

“Enggak ada (riwayat). Dia sehat banget. Di antara kami semua, dia paling sehat,” kata Doddy. Doddy turut menyeru agar ahli keluarga, sahabat dan kenalan Allahyarham tabah dalam menghadapi saat duka ini.

Image via Google

Berita duka dan mengejutkan itu turut membuatkan ramai rakan artis dari Malaysia serta Indonesia membanjiri foto terakhir arwah diikuti ucapan takziah

Antaranya seperti Luna Maya, Dian Sastrowardoyo, Neelofa, Hannah Al Rashid, Yasmin Hani, Datuk Siti Nurhaliza, Fazura, Sazzy Falak dan ramai lagi. Ternyata, arwah sememangnya turut disenangi oleh orang ramai dengan sifat dan peribadinya yang mulia.

Namun begitu, antara perkongsian menyentuh hati telah dimuat naik oleh pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Sazzy Falak. Dia memuat naik beberapa IG stories yang menunjukkan bahawa dia kini sedang dalam perjalanan untuk 'bertemu' dengan arwah Ashraf di Jakarta.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Dalam IG story di atas, Sazzy menjelaskan apabila dia melihat ke atas awan biru, dia teringat akan kali terakhir ketika dia ke Jakarta pada bulan Mac 2019. Hampir satu tahun berlalu dan dia juga turut berasa takut dengan segala perubahan yang telah berlaku dalam masa setahun dan hanya sekelip mata.

Selain itu, Sazzy turut mengatakan bahawa Ashraf tidak sabar untuk menunggu kedatangan Sazzy bersama segala barangan yang dikirim daripada KL. Malah, mereka sepatutnya mempunyai perancangan kecil untuk menyambut hari lahir Sazzy, namun apa yang paling penting bagi Sazzy adalah mereka perlu berjumpa terlebih dahulu.

Banyak perkara yang telah dibicarakan bersama termasuklah perkara yang bakal dibincangkan ketika mereka meningkat usia suatu hari nanti.

Sungguh menyayat hati...

Sazzy turut mengimbau kembali ketika saat-saat manis yang diluangkan bersama arwah Ashraf.

Dia turut berdoa agar diberi kesempatan untuk sampai ke lokasi dan 'bertemu' dengan arwah Ashraf

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: