3 Resepi Masakan Ala Kampung Untuk Sempurnakan Meja Makan Anda. Rasa Seperti Masakan Ibu!
Jom belajar hasilkan lauk Ayam Masak Kurma, Tom Yam Ayam dan Singgang Ikan Kembung menggunakan 3 resepi ringkas ini!
Sesiapa saja yang pernah cuba belajar masak dari ibu pastinya tahu perasaan kecewa apabila hanya diberikan sukatan 'agak-agak'
Inilah sebab kaum muda susah nak belajar menghasilkan lauk-pauk klasik kampung. Lagi-lagi hidangan yang betul-betul rasa seperti masakan air tangan ibu. Memang tiada tandingan!
Image via Giphy
Minggu ini, kami akan mengajar anda cara untuk menghasilkan 3 lauk kegemaran Malaysia, iaitu Ayam Masak Kurma, Tom Yam Ayam dan juga Singgang Ikan Kembung.
Lauk-pauk ini sangatlah ringkas untuk dibuat dan pasti akan meningkatkan selera yang tersayang.
Image via Seismik Makan
Tonton video di bawah untuk pelajari cara membuat Ayam Masak Kurma, Tom Yam Ayam, dan Singgang Ikan Kembung:
1. Ayam Masak Kurma
Image via Seismik Makan
Bahan-bahan
- 5 bawang merah
- 3 bawang putih
- 2 inci halia
- 2 sudu besar minyak masak
- 3 bunga lawang
- 5 bunga cengkih
- 3 buah pelaga
- 2 kulit kayu manis
- 5 sudu besar rempah kurma
- 2 cawan santan
- 8 ketul ayam
- 2 biji cili hidup
- 2 ketul Kiub Pati Ayam Maggi
Cara:
1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat.
2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi. Masukkan rempah kurma dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan santan, ayam, kentang, cili dan kiub pati ayam Maggi. Renehkan selama 20 minit.
5. Masukkan buah tomato dan jus limau nipis.
6. Ayam Masak Kurma sudahpun siap untuk dihidang!
2. Tom Yam Ayam
Image via Seismik Makan
Bahan-bahan:
- 1 sudu minyak masak
- 1 biji bawang merah
- 4 helai daun limau purut
- 2 batang serai
- 1 sudu besar akar daun ketumbar
- 1 inci lengkuas
- 1 biji cili merah
- 500 gram ayam
- 3 cawan air
- 2 ketul Kiub Sup Tom Yam Maggi
- 5 batang jagung muda
- 1 biji lobak merah
- 1 cawan kubis bunga
- 6 batang cendawan tiram
- 1/4 cawan tomato ceri
- 1/2 cawan santan pekat
- 1/2 cawan daun ketumbar
Cara:
1. Dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bawang merah, daun limau purut, serai, akar daun ketumbar, lengkuas dan cili merah sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga keperangan.
3. Masukkan air dan Kiub Sup Tom Yam Maggi. Renehkan selama 15 minit.
4. Masukkan jagung muda, lobak merah, kubis bunga, cendawan tiram dan santan pekat. Renehkan selama 5 minit.
5. Tom Yam Ayam sudahpun siap dihidang bersama hirisan daun ketumbar untuk sedikit kesegaran!
3. Singgang Ikan Kembung
Image via Seismik Makan
Bahan-bahan:
- 3 cawan air
- 2 cili merah
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1 biji bawang merah
- 1 batang serai
- 4 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih
- 3 keping asam gelugur
- 6 ikan kembung
- 2 ketul Kiub Pati Ikan Bilis
- 7 batang bendi
Cara:
1. Dalam periuk, masukkan air, cili merah, lengkuas, halia, kunyit hidup, bawang merah serai, cili padi merah, bawang putih dan asam gelugur.
2. Masukkan ikan kembung dan Kiub Pati Ikan Bilis Maggi. Renehkan selama 15 minit.
3. Masukkan bendi dan renehkan untuk 5 minit lagi.
4. Singgang Ikan Kembung sudahpun siap untuk dihidang!
Untuk menambahkan lagi rasa dalam masakan anda, pastikan anda menggunakan seketul dua kiub pati Maggi!
Image via Maggi
Tak kiralah anda nak menghasilkan hidangan-hidangan simple seperti sup ayam dan sup tom yam, ataupun hidangan yang lebih susah seperti ayam percik dan rendang daging - anda pasti dapat meningkatkan lagi perisa masakan anda dengan menggunakan kiub pati Maggi.
Dapatkan lagi info tentang kiub-kiub Maggi di laman web rasmi mereka di sini.
Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!
Untuk dapatkan banyak lagi resepi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Dapatkan banyak lagi resepi menarik, lazat dan ringkas di bawah:
Leave a comment