Ini 25 Kuih Raya 'Favourite' Yang Wajib Ada Di Rumah Untuk Raya Tahun Ini. Jom Beli!
Preparation for Raya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setelah sebulan berpuasa, tibanya Syawal untuk kita sambut Hari Raya Aidilfitri
Image via GIPHY
Sudah tentu hidangan masakan yang enak-enak pada pagi raya itu satu keperluan bukan? Bukan itu saja, tidak ketinggalan pelbagai jenis kuih raya yang menghiasi meja di ruang tamu rumah masing-masing.
Anda dah prepare kuih raya tahun ini? Anda buat sendiri atau beli di luar?
Haa jom discover 25 jenis kuih raya wajib anda beli tahun ini!
Ini merupakan senarai kuih raya yang wajib ada di rumah anda:
1. Tart nanas
Image via Iena
Tart nanas ini memang favourite Malaysians. Memang semua rumah akan ada kuih ini masa raya. Tart nanas bukan saja hadir dalam bentuk gulung seperti ini, ada juga terdapat dalam bentuk bunga dan bulat. Pelbagai kuih yang terinspirasi dengan tart nanas, seperti tart blueberry, tart strawberi, tart cadbury dan lain-lain.
2. Semperit klasik
Image via Ct Aishah Hsn (Facebook)
Kuih semperit klasik ini juga sangat digemari ramai. Mana tidaknya, kuih yang sedap dan crunchy ni membuatkan anda ketagih. Rasa lemak-lemak manis memang confirm habis satu balang di pagi raya.
3. Semperit dahlia
Image via Noor Stations (Facebook)
Rasa Semperit dahlia ini sama saja seperti Semperit klasik. Apa yang membezakan ialah bentuk acuan, kuih dahlia ini berbentuk seperti bunga.
4. Almond London
Image via Shopee
Almond London merupakan biskut yang disaluti coklat. Apa yang lebih menarik adalah dalam biskut ini mempunyai badam. Biskut ini berbentuk lonjong dan memanjang namun anda akan dapati biksut ini dalam bentuk bulat juga. Kuih ini menjadi kegemaran kanak-kanak juga!
5. Cornflakes madu
Image via Saya Suka Masak (Facebook)
Cornflakes madu ni memang tak boleh tinggal. Cara buatnya pun senang je. Kebanyakan orang gemar buat sendiri kerana resepinya yang mudah. Crunchy dan manis, mmm sedap!
6. Conflakes butter crunchy
Image via Rasa Malaysia
Cornflakes jenis ini pula merupakan campuran cornflakes dan butter untuk jadikan seperti biskut. Rasa buttery dan rangup ini memang buatkan kita tidak berhenti makan!
7. Cookies
Image via Azlina Ina Fans (Facebook)
Sekarang sudah terdapat macam-macam cookies yang sedap dan rangup. Ada chocolate chip cookies, salted chocolate cookies, red velvet cookies, oat cookies dan banyak lagi. Haa, tinggal pilih je ikut cita rasa family!
8. Popia Nestum
Image via Popia Nestum By Liyana (Facebook)
Kuih paling senang nak buat. Anda hanya perlukan kulit popia dan Nestum. Bukan saja senang, sedap pula tu. Manis-manis rangup ditambah lagi dengan rasa Nestum. Complete and perfect!
9. Sarang semut
Image via Kuali Mama (Facebook)
Kuih ini dinamakan sebagai kuih sarang semut kerana bentuknya yang seperti sekumpulan semut berada di sarangnya. Rasa kuih ini unik iaitu gabungan rasa butter dan coklat.
10. Biskut gajus
Image via Diari Resepi Press (Facebook)
Siapa yang sukakan gajus pasti suka kuih ini. Bahan utama yang digunakan untuk hasilkan kuih ini ialah mentega, susu dan gajus. Boleh la try buat sendiri!
11. Kuih bangkit
Image via VIRAL ROTI JALA (Facebook)
Hadir dalam pelbagai bentuk dan pelbagai warna juga seperti hijau muda dan ungu muda. Tetapi kebiasaanya warna putih yang sering dijumpai di pasaran. Rasa yang unik ini menjadikan kuih ini disukai oleh rakyat Malaysia. Macam makan snow!
12. Biskut kacang peas
Image via Kuali Mama (Facebook)
Siapa peminat kacang peas dekat sini? This is for you! Biskut kacang peas ini diperbuat daripada serbuk kacang peas. Rasa kuih kacang bersama kuaci memang gabungan yang perfect!
13. Kuih kapit
Image via Shopee
Kuih kapit ini terdapat dalam bentuk segi tiga dan bulat. Kuih ini sangat rangup! Apa yang lebih menarik, kuih ini telah diinovasikan menjadi kuih kapit inti yang mempunyai perisa kacang, coklat dan sebagainya.
14. Mazola
Image via fbcdn.net
Biskut mazola diperbuat daripada kacang tanah yang dikisar dan campuran tepung gandum. Biskut ini mempunyai rasa kacang yang kuat. Siapa yang minat kacang, inilah kuih yang anda perlu cuba.
15. Cadbury Cookies
Image via Emma’s Delicious Bakery (Facebook)
Bukan saja digemari anak-anak kecil, orang dewasa pun suka! Mana tidaknya, penggunaan coklat Cadbury atas biskut ini memang gabungan yang unik. Tak cukup satu balang!
16. Batang buruk
Image via Resepi Mak Saya (Facebook)
Batang buruk ini dihasilkan menggunakan tepung kacang hijau, susu tepung, kulit popia dan gula icing. Rupanya yang putih-puith seperti kapas membuatkan kuih ini kelihatan estetik dan menarik.
17. Suji Almond
Image via Mama Salsabila Mall (Facebook)
Bayangkan masukkan suji Almond ni ke dalam mulut? Mmm, rasa kekacang yang crunchy, sedap! Bahan utama kuih ini adalah menggunakan serbuk Almond.
18. Popia Udang
Image via Windypopy (Facebook)
Produk paling hot di rumah. Kalau anda hidangkan popia ini atas meja, confirm tak sampai sehari raya dah habis! Semua tetamu yang datang mesti aim popia udang ini. Rasa udang dan keropok yang rangup memang tiada tandingannya.
19. Almond Biscotti
Image via Resipi Eija (Facebook)
Almond biscotti ini rupanya seperti kek nipis-nipis yang memanjang. Pembuatan kuih ini sama seperti anda nak hasilkan kek. Tekstur kuih ini agak keras seperti biskut.
20. Biskut Florentine
Image via Florentine cookies (Facebook)
Biskut Florentine ini dihasilkan menggunakan kacang seperti gabungan kuaci. Rasa manis-manis crunchy memang sedap! Makan sambil tengok TV petang raya, confirm habis dah!
21. Kuih Lidah Kucing
Kuih warna-warni yang cantik ini dinamakan kuih lidah kucing. Warna seperti pelangi ini sememangnya menarik perhatian ramai orang termasuk kanak-kanak. Rasanya seperti biskut. Masuk dalam mulut, terus cair!
22. Biskut kelapa
Image via Biskut Kelapa Bonda (Facebook)
Biskut kelapa ini hadir dalam pelbagai bentuk, ada yang bentuk bunga, bulat dan bulan. Bahan utama untuk menghasilkan kuih ini ialah butter, tepung ubi, tepung gandum dan kelapa parut.
23. Puteri Salju
Image via Kuih Raya Bangi (Facebook)
Anda boleh dapatkan biksut puteri salju dalam pelbagai bentuk, seperti bentuk bulat berwarna-warni dan bentuk bulan. Rasanya masin-masin manis.
24. Nestum Crunchy
Image via Ibu Resepi (Facebook)
Kuih coklat yang bersalutkan Nestum ini akan menjadi rebutan kanak-kanak. Mana tidaknya, rasa manis yang sedap ini memang buatkan mereka makan lagi dan lagi. Sampai tak cukup!
25. Kuih loyang
Image via Variaseri
Kuih ini sudah pasti tak boleh ditinggalkan. Must have di rumah. Kuih ini diperbuat daripada tepung gandum dan tepung beras. Rangup!
Jadi, dah ada idea nak hidangkan kuih raya apa? :D
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Baca lagi artikel menarik di sini:
Nak buat kuih raya? Dapatkan barangan ini:
Dah nak raya, jom makeover dapur:
Leave a comment