[GAMBAR] Ramadan Bufet Di PJ Ini Menawarkan Pelbagai Stail Masakan Yang Sedap & Mewah
Jom buka puasa di sini!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pada bulan Ramadan ini Cinnamon Coffee House di One World Hotel menawarkan pakej Ramadan bufet yang menghidangkan pelbagai masakan. Excitednya untuk buka puasa!
Dengan pelbagai hidangan dan masakan dari pelbagai negara, anda boleh pilih saja makanan yang sesuai dengan anda. Tak tipu, anda tentu akan rambang mata!
1. Kambing grill
Kambing grill di sini memang padu! Cuba anda bayangkan makan daging yang dipotong nipis-nipis cicah dengan sos. Rasa daging yang lembut ini buatkan anda semua ketagih lagi.
2. Seafood
Peminat makanan laut seperti udang, ketam dan oyster? Ini syurga seafood buat anda. Anda bukan saja dapat rasakan seafood yang fresh tau, malah terdapat pelbagai jenis sos untuk dimakan bersama. Kenyal dan juicy!
3. Lauk Melayu stail kampung
Masakan lauk-pauk Melayu juga disediakan di sini. Sup Gearbox merupakan highlight makanan pada bulan Ramadan. Bukan itu saja, menu seperti rojak pasembur, kerabu paru, sambal goreng, ulam dan pelbagai jenis sambal juga disediakan. Tidak dilupakan sate juga! Semuanya sedap-sedap belaka.
Selain itu, lauk seperti ayam balado, udang sambal petai, pantin gulai tempoyak, daging gulai lemak dan lain-lain boleh didapati di sini juga. Pehh, memang onz!
4. Bubur lambuk
Bubur lambuk semestinya paling famous masa bulan puasa. Siapa je tak makan bubur lambuk kan? Hidangan ini merupakan antara hidangan spesial yang ditawarkan oleh restoran ini pada bulan Ramadan.
Bosan dengan masakan Melayu?
Anda boleh cuba masakan lain seperti masakan Cina, India, Jepun dan lain-lain
Jangan risau, makanan ini tidak kurang sedapnya. Confirm anda akan sedap kekenyangan. Memang rasa autentik!
Mengidam kuih-muih tradisional yang sedap? Dapatkan di sini! Banyak pilihan kuih yang ditawarkan
Last but not least, nikmati pencuci mulut yang manis dan refreshing ini!
Jangan lupa ajak member-member berbuka puasa dekat sini tau!
Alamat:
Cinnamon Coffee House, One World Hotel,
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama, 47800,
Petaling Jaya, Selangor.
Waktu operasi:
13 April - 12 May 2021 (6.30pm until 10.30pm).
Harga:
RM158/dewasa dan RM79/kanak-kanak berumur 6 hingga 12.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!