Lebih 6K 'Shares', Ini Cara Hasilkan Ayam Goreng Ala IKEA Yang Rangup & Sedap
Tak berhenti makan!
Ayam goreng memang favourite ramai orang, tiada siapa yang akan reject bila diberikan ayam goreng
Image via GIPHY
Lebih-lebih lagi ayam goreng IKEA yang menjadi kegilaan ramai, memang semua orang sanggup beratur panjang.
Tak usah risau lagi, jom kita try buat sendiri. Dengan resepi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman Facebook, pasti dapat hasilkan ayam yang rangup lagi enak. Confirm anti-gagal!
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 9 keping chicken wing atau 1kg kepak ayam
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar light soy sauce
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu serbuk perasa
- 1½ sudu besar gula pasir
- 2 sudu besar all purpose seasoning
- 1 sudu besar minyak bijan
- 5 sudu besar air putih
- 4 sudu besar tepung ubi kayu
- 3 sudu besar tepung gandum
- Minyak masak (untuk menggoreng)
Image via Nurul Ateekah (Facebook)
Cara penyediaan:
2. Masukkan semua bahan kecuali minyak. Gaul sebati dan simpan dalam bekas tertutup.
3. Perapkan lebih kurang 8 jam atau semalaman di peti sejuk bahagian bawah.
4. Kemudian, keluarkan ayam daripada peti sejuk 30 minit sebelum menggoreng.
Image via Nurul Ateekah (Facebook)
5. Panaskan minyak, anda boleh celupkan lidi untuk tahu kepanasan minyak. Jika lidi berbuih, bermakna minyak sudah cukup panas.
Image via Nurul Ateekah (Facebook)
6. Gorengkan 3 hingga 4 keping kepak ayam selama 3 minit pada setiap bahagian. Kemudian, terbalikkan bahagian lain dan goreng lagi selama 3 minit.
Image via Nurul Ateekah (Facebook)
Image via Nurul Ateekah (Facebook)
7. Angkat dan toskan ayam pada tisu.
Image via Nurul Ateekah (Facebook)
Image via Nurul Ateekah (Facebook)
Sedia untuk dihidang. Makan ayam kriuk-kiruk cicah sos cili, nikmatnya!
Image via Nurul Ateekah (Facebook)
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Inginkan resepi yang mudah dan sedap?
Jom makeover dapur dengan barangan ini:
Leave a comment