makan

Lebih 5K 'Shares', Ini Cara Hasilkan Golden Ball Ala Sushi King. Bonanza Di Rumah!

Lahh senang je rupanya...

Cover image via Adelina Ainuddin (Facebook)

Siapa peminat tegar Sushi King? Kalau ada Bonanza je memang takkan pernah terlepas...

Image via GIPHY

Bila Bonanza tu makan berpinggan-pinggan, Golden Ball pun tak dilupakan. Dapat bayangkan tak kalau terlepas Bonanza, mengidam lah sampai bila-bila pun takkan dapat Golden Ball. Jangan risau lagi, sebab anda boleh dapatkan resepi Golden Ball di bawah. Resepi ini dikongsikan oleh Adelina Ainuddin pada laman Facebooknya. 

Bahan yang diperlukan:

Topping:

  • Crabstick
  • Mayonis
Bahan salut: 
  • Telur
  • Garam
  • Lada hitam
  • Tepung gandum
  • Breadcumbs
Bahan lain-lain:
  • Telur rebus

Cara penyediaan:

1. Untuk topping, celurkan crabstick seketika dan cincangkan.
2. Masukkan crabstick ke dalam mayonis (digalakkan guna mayonis Japanese style). Gaul rata. 
3. Rebuskan telur untuk inti Golden Ball. 
4. Untuk bahan salutan, pukul 2 biji telur, tambahkan garam dan lada hitam. 
5. Mula-mula, salutkan telur rebus dalam telur. Kemudian, tepung gandum. Ulang tiga kali. 
6. Seterusnya, salutkan dengan telur kemudian breadcumbs. Mampatkan. 
7. Salutkan lagi dengan telur dan tepung. 
8. Salutan terakhir, salutkan dengan telur dan breadcumbs
9. Panaskan minyak menggunakan api sederhana. Goreng seketika. 
10. Potongkan Golden Ball menjadi dua. 
11. Toppingkan dengan campuran mayonis dan crabstick tadi. 

Kredit resepi: Adelina Ainuddin

Siap dah! Selamat menjamu selera... Senang kan?

Jom tengok video penuh:

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi minum petang yang simple?

Jom make over dapur:

Dapatkan gajet-gajet dapur yang senangkan kerja memasak: