x

makan

Ini Resepi 'Loaded Potato Bowl' Ala KFC Yang Senang & Tasty. Confirm Jadi!

Tak perlu mengidam lagi, jom buat di rumah.

Cover image via Tyra Manan (Facebook)

Loaded potato bowl KFC memang tak dinafikan kelazatan dan nikmatnya!

Mana taknya, kelembutan kentang disajikan dengan ayam goreng bersama keju dan jagung sebagai topping... Perfect!

Image via GIPHY

Boleh bayangkan kalau dapat makan loaded potato bowl ini? Fuh, sedap! Lepas ni boleh la try buat di rumah dengan resepi yang dikongsikan oleh Tyra Manan. Settle sesiapa yang mengidam tu. 

Bahan-bahan:

Bahan mashed potato:

  • 1kg kentang
  • 100g butter (dipotong dadu)
  • 100ml whipping cream
  • 50ml air (bukan air rebusan)
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa

Bahan ayam:

  • Dada ayam (dipotong dadu)
  • Tepung bestari

Bahan topping:

  • Jagung rebus
  • Serbuk keju (dibancuh dengan air panas)
  • Mayonis

Cara penyediaan:

1. Untuk mashed potato, rebus kentang sehingga lembut. Kemudian, buang air dan tumbuk kentang sehingga menjadi mashed potato. 
2. Masukkan semua bahan ke dalam kentang yang telah ditumbuk. Gaul sehingga butter cair.
3. Untuk ayam, letakkan sedikit air ke dalam tepung bestari. Kemudian, salutkan ayam dengan bancuhan tepung bestari.
4. Goreng menggunakan api sederhana sehingga ayam berwarna keemasan. 
5. Untuk bahan topping, rebuskan jagung seketika. Kemudian, gaulkan dengan garam dan gula secukup rasa. 
6. Seterusnya, bancuhkan serbuk keju dengan air. 
7. Hidangkan dalam mangkuk secara berlapis. Mula-mula, letakkan mashed potato, kemudian keju dan mayonis. Akhir sekali, letakkan jagung dan ayam goreng sebagai topping. Siap!

Kredit Resepi: Tyra Manan

Ta-daaaaa, loaded potato bowl telah pun siap. Sedia untuk dimakan bersama-sama keluarga tersayang!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan resepi-resepi yang sedap di sini:

Inginkan resepi yang senang, tak sampai 10 minit untuk hasilkan: