Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Lebih 4.6k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Ayam Gunting Rangup Ala Uncle Bob. Mudah Je!

Jom cuba hasilkan ayam gunting yang crispy ini. Lagi sedap & berbaloi!

Cover image via Zaitun Abd Hamid

Ayam gunting crispy dan pedas yang disediakan panas-panas sememangnya snek kegemaran ramai. :D

Image via resepibonda

Tidak boleh dinafikan yang snek ini sangat menyelerakan. Makan pun tak puas! Tetapi harga untuk satu hidangan ayam gunting ini agak mahal.

Untuk pengetahuan anda, ayam gunting ini begitu murah sekali jika anda sediakan sendiri di rumah. Lagi banyak ayam boleh dapat tau!

Untuk resepi ayam gunting ala Uncle Bob yang berbaloi, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Facebook Zaitun Abd Hamid yang telah mendapat sebanyak 4.6k shares!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Image via Zaitun Abd Hamid / Facebook

Bahan perapan

  • Dada ayam (dipotong nipis)
  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu serbuk BBQ atau sos lada hitam jenama Kimball
  • Sedikit jus perahan lemon atau limau
Bahan saduran
  • Tepung serbaguna pedas atau original (Tepung Bistari)
  • Tepung ubi atau tepung beras
  • Sedikit serbuk roti
Bahan perasa
  • Serbuk cili
  • Serbuk lada putih

Jom lihat cara-cara membuatnya pula:

1. Gaulkan bahan perapan dengan ayam dan perapkan selama 1 jam.

Image via Zaitun Abd Hamid / Facebook

2. Dalam mangkuk besar, gabungkan semua bahan saduran dan gaul sehingga sebati.

3. Salutkan ayam dengan bahan saduran. Tumbukkan ayam dengan lesung batu untuk memastikan tepung melekat dengan padat.

Image via Zaitun Abd Hamid / Facebook

4. Apabila ayam sudah siap disalut, gorengkan ayam sehingga perang keemasan. Angkat dan toskan.

5. Taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili sebaik sahaja ayam sudah digoreng.

Apabila sudah selesai digoreng dan ditaburi perasa, ayam goreng sudah siap untuk digunting mengikut saiz yang anda suka!

Image via Zaitun Abd Hamid / Facebook

Senang betul jika hidangan ini disediakan sendiri di rumah. Malah, resepi ini juga lebih sihat kerana tidak menggunakan perencah yang penuh dengan MSG. Memang sesuai buat ibu-ibu di luar sana yang ingin menyediakan alternatif snek yang murah dan lazat. Selamat mencuba! 

Sumber resepi: Zaitun Abd Hamid

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Jom check out banyak lagi resepi ayam goreng yang anda boleh sediakan di rumah:

Jom lihat cara-cara memilih ayam yang segar:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment