Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Lebih 5k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi 'Overnight Oats' Mudah. Serius Sedap & Sihat!

Jom cuba hasilkan resepi Overnight Oats yang murah dan simple ini!

Cover image via Adila Azurin

Tahun baru sudah tiba, anda juga pasti berazam untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat bukan?

Image via familyfoodonthetable

Langkah paling penting dalam gaya hidup sihat semestinya pemakanan kita. Antara makanan sihat dan murah yang anda wajib amalkan dalam diet anda ialah oats kerana ia mempunyai kandungan serat yang tinggi. 

Oats juga murah dan mudah untuk didapati. Antara resepi ringkas yang anda boleh hasilkan ialah overnight oats. Resepi tidak perlu dimasak. Malah, perlu disimpan di dalam peti sejuk sahaja! Jika anda mahu, anda juga boleh menambah topping seperti mentega kacang, granola dan banyak lagi. Jom cuba? :D

Untuk resepi overnight oats yang mudah dan diet-friendly, ikuti perkongsian pengguna Facebook Adila Azurin yang telah mendapat sebanyak 5.5k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Image via Adila Azurin / Facebook

Image via Adila Azurin / Facebook

Saiz hidangan: 1 

  • 3 hingga 5 sudu rolled oats
  • Susu segar
  • 2 sudu yogurt (perisa dan jenis mengikut cita rasa anda)
  • Aneka kacang (biji labu, biji bunga matahari, kismis atau apa sahaja mengikut cita rasa anda)
  • Chia seeds
  • Madu (secukup rasa)
  • Buah-buahan (ikut cita rasa anda)

Jom ikuti cara-cara membuatnya pula:

1. Dalam balang kecil, gabungkan kacang, oats dan chia seeds.

Image via Adila Azurin / Facebook

2. Kemudian, masukkan yogurt dan madu.

Image via Adila Azurin / Facebook

3. Seterusnya, tambahkan susu sehingga oats tenggelam.

Image via Adila Azurin / Facebook

4. Simpankan oats di dalam peti sejuk semalaman. Anda boleh menyediakan beberapa hidangan oats terlebih dahulu dan simpan untuk masa akan datang. Overnight oats boleh bertahan di dalam peti sejuk selama 5 hari.

Overnight oats sudah siap untuk dinikmati pada keesokan hari. Tambahkan buah-buahan kegemaran anda apabila sudah sedia untuk dihidangkan. Sihat dan confirm sedap! :D

Image via Adila Azurin / Facebook

Sumber resepi: Adila Azurin

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom hasilkan resepi diet-friendly yang sedap ini pula:

Jom check out banyak lagi resepi sihat di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment