Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Lebih 6k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Kimchi 'Homemade' & Dijamin Halal. Senang Je!

Jom cuba hasilkan resepi kimchi yang senang dan dijamin lazat ini!

Kimchi sememangnya hidangan yang wajib dinikmati apabila ke restoran Korea

Image via maangchi

Manakan tidak, hidangan ini bukan sahaja menyihatkan. Malah, sungguh lazat dinikmati begitu sahaja ataupun dengan nasi.

Tetapi tahukah anda, kimchi sebenarnya mudah untuk dihasilkan di rumah. Walaupun anda perlu menyediakan kimchi dalam kuantiti yang banyak, kimchi boleh bertahan lebih dari 5 bulan jika disimpan di peti sejuk. 

Untuk resepi kimchi yang simple dan dijamin halal, ikuti perkongsian pengguna Facebook Nur Shahira Samsuri ini yang telah mendapat sebanyak 6.6k shares!

Antara bahan yang diperlukan:

  • 4-5 kilogram kubis panjang
  • 1 biji lobak putih
  • 2 biji lobak merah
  • Daun bawang
  • 1 cawan garam
  • 1 cawan bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang kuning
  • 2 cawan Gochugaru atau kepingan cili (boleh dibeli secara online atau di pasar raya)
  • ½  cawan tepung beras
  • ½ cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 cawan sos ikan

Ikuti pula cara membuatnya seperti di bawah:

1. Potongkan kubis panjang bersaiz kecil dan rendamkan sebentar di dalam air. Tapiskan.

2. Kemudian, gaulkan kubis dengan garam.

3. Perapkan kubis selama 2 jam. Gaulkan kubis setiap 30 minit.

Image via Nur Shahira Samsuri / Facebook

4. Untuk menyediakan bubur, masakkan air dan tepung beras pada api yang perlahan sehingga mendidih. Pastikan bubur sentiasa dikacau supaya sebati. Apabila sudah mendidih, tutupkan api.

5. Masukkan gula dan didihkan bubur sekali lagi. Tutupkan api dan biarkan sejuk.

Image via Nur Shahira Samsuri / Facebook

6. Kemudian, potong nipis lobak merah, lobak putih dan daun bawang.

Image via Nur Shahira Samsuri / Facebook

7. Seterusnya, kisarkan bawang putih, halia, bawang kuning dan sos ikan sehingga halus.

Image via Nur Shahira Samsuri / Facebook

8. Untuk menghasilkan pes kimchi, gaulkan bubur, campuran bawang putih dan sos ikan dan serbuk cili. 

Image via Nur Shahira Samsuri / Facebook

9. Tambahkan perasa seperti garam dan gula mengikut cita rasa anda.

Image via Nur Shahira Samsuri / Facebook

10. Setelah kubis selesai diperap selama 2 jam, bilaskan dengan air untuk menghilangkan rasa masin. Cuci sekurang-kurangnya 3 kali.

11. Apabila semua bahan sudah disediakan, gabungkan pes kimchi dengan lobak merah, lobak putih dan daun bawang.

Image via Nur Shahira Samsuri / Facebook

Image via Nur Shahira Samsuri / Facebook

12. Kemudian, gaulkan pula kubis panjang dengan campuran pes kimchi dan sayuran.

Image via Nur Shahira Samsuri / Facebook

13. Apabila kubis sudah disaluti pes kimchi dengan rata, gulungkan sehingga ketat untuk mengurangkan rongga udara.

14. Simpankan di dalam bekas. Pastikan setiap kubis disusun dengan mampat.

Image via Nur Shahira Samsuri / Facebook

15. Simpankan kimchi di luar selama 1½ hari untuk proses penapaian.

16. Setelah ditapaikan, simpankan di dalam peti sejuk.

Image via Nur Shahira Samsuri / Facebook

Apabila kimchi sudah siap, inilah hasilnya. Rasanya yang masam dan pedas memang lazat dinikmati begitu sahaja atau dicampur di dalam masakan lain! :D

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi best di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment