Lebih 7k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Tauhu Berlauk Viral Yang Paling Simple & Enak!
Jom cuba hasilkan resepi tauhu berlauk ini. Murah, ringkas dan serius sedap!
Kalau dapat menikmati hidangan tauhu berlauk pada waktu petang, mesti layan punyalah!
Image via seleraputri.blogspot.com
Tauhu berlauk sememangnya antara resepi yang mudah untuk dihasilkan kerana anda hanya perlu mengukus dan menggoreng sahaja. Snek ini juga menggunakan bahan-bahan utama yang murah seperti tauhu, tauhu telur, daging atau ayam kisar.
Memang menyelerakan jika dinikmati sebagai snek waktu petang. Lebih-lebih lagi jika dinikmati dengan kicap sambal. Sedapnya!
Untuk resepi tauhu berlauk yang simple dan lazat, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Facebook Lynn Riduan Koo ini yang telah mendapat sebanyak 7k shares!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
Bahan kisar
- 4 keping tauhu biasa
- 2 pek tauhu telur
- 2 biji telur
- Sedikit air
- Daging kisar/isi ayam kisar (digoreng tanpa minyak)
- Bawang merah (dihiris)
- Lobak merah (dihiris)
- Daun bawang (dihiris)
- Daun sup (dihiris)
- Cili besar merah (dihiris)
- Lada hitam (secukup rasa)
- Lada putih (secukup rasa)
- Serbuk bawang putih
- Bahan perasa
- Gula (sedikit sahaja)
Ikuti cara-cara membuatnya pula:
2. Masukkan bahan yang telah digaul ke dalam bekas-bekas kecil. Pastikan diisi penuh kerana tauhu berlauk akan mengecil setelah dikukus.
3. Kukuskan tauhu berlauk selama 20 minit.
Image via Lyn Riduan Koo / Facebook
Image via Lynn Riduan Koo / Facebook
6. Gorengkan sehingga perang keemasan atau garing.
Hidangan tauhu berlauk ini sedap dinikmati begitu sahaja tetapi jika dicicah sambal kicap mesti lagi power!
Image via Lynn Riduan Koo / Facebook
Bahan-bahan
- 1 genggam cili padi (mengikut cita rasa anda)
- 1 ulas bawang putih
- 5 sudu gula
- 1 botol kecil kicap manis
- Bakar bawang putih sehingga agak hitam.
- Tumbukkan cili padi, bawang putih dan gula sehingga lumat.
- Gaul campuran cili dengan kicap manis.
- Sambal kicap sudah siap untuk dinikmati bersama tauhu berlauk!
Setelah tauhu berlauk sudah siap digoreng, inilah hasilnya. Serius sedap!
Image via Lynn Riduan Koo / Facebook
Apa yang menarik tentang resepi ini ialah anda juga boleh membekukan tauhu berlauk yang telah dikukus untuk digorengkan pada masa akan datang. Mudah sahaja!
Resepi ini juga boleh diubah suai mengikut cita rasa anda. Jika anda mahukan daging lebih atau mengurangkan sayur, semuanya boleh. Selamat mencuba!
Sumber resepi: Lynn Riduan Koo
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Jom check out banyak lagi resepi tauhu di sini:
Jom cuba hasilkan resepi yang murah dan lazat di sini:
Leave a comment