Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Restoran Di Publika Ini Menyediakan Gabungan Salted Egg Butter Chicken Dengan Sambal. Wow!

Mona di Publika kini menyediakan salted egg butter chicken yang sedap. Tak perlu beratur panjang!

Cover image via @jibrilss15 @miyayahart

Di SS15, Subang Jaya, terdapat sebuah kafe tersohor iaitu Jibril yang terkenal sekali dengan salted egg butter chicken

Kini, anda tak perlu nak beratur panjang pun untuk menikmati salted egg butter chicken seperti di Jibril. Di Mona, Publika pun dah ada! :D

Lihat gambar-gambar menarik di bawah: 

Image via @miyayahart (Instagram)

Image via @makanenak.yukk (Instagram)

Image via @niccolalim (Instagram)

Salted egg butter chicken ini sememangnya menu highlight di Mona. Rasanya yang creamy ditambah pula dengan rasa telur masin pasti akan menaikkan selera anda. 

Bukan itu sahaja, ayam yang digoreng rangup disamping mempunyai breading yang ringan. Anda juga dihidangkan dengan kuah buttermilk tambahan. Memang puas beb!

Bukan itu sahaja, anda juga wajib sekali mencuba Nasi Lemak Salted Egg Butter Chicken yang mempunyai gabungan sambal dan kuah salted egg butter

Image via @malayfoodlicious (Instagram)

Rasa pedas dan manis ayam salted egg butter sambal ini memang sangat lain daripada lain. Sesuai untuk anda yang menggemari ayam goreng salted egg butter tetapi mengidamkan sesuatu yang baru.

Jika anda mahu mencuba menu lain, MONA juga menghidangkan hidangan barat seperti grilled buttermilk chicken, margherita pizza, dan juga beraneka jenis hidangan pasta. Sesuai jika anda ingin menukar selera!

Dah terliur? Dapatkan maklumat lanjut di sini:

Image via @jibrilss15 (Instagram)

Alamat: D3-G3-8, No. 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 11.00 malam (Isnin hingga Jumaat)
11.00 pagi - 12.00 malam (Sabtu dan Ahad) 

No. Telefon: +6011-1099 3308

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom try hidangan butter chicken unik di sini:

Jom check out banyak lagi kafe best di KL di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment